SEMAKAN BANTUAN MYSARA 2025 : SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN BANTUAN MYSARA 2025 : SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK

Melalui pelaksanaan bantuan kerajaan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), golongan berpendapatan rendah dapat memenuhi keperluan asas harian melalui bantuan bulanan yang disalurkan khusus untuk perbelanjaan barangan keperluan.

Bagaimanakah semakan bantuan mysara 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 4 2025

SEMAKAN BANTUAN MYSARA 2025

APA ITU BANTUAN MYSARA 2025?

Bantuan MySARA merujuk kepada :

  • Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA);
  • Kredit bantuan disalurkan ke dalam MyKad penerima;
  • Khusus digunakan untuk barangan keperluan asas di kedai berdaftar Program SARA;

BENTUK BANTUAN

Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2025 adalah seperti berikut:

  1. Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan;
    • Bantuan bulanan (Januari sehingga Disember 2025)
  2. Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF;
    • Bantuan Khas Sempena Hari Kebangsaan secara ONE-OFF (Sekali Bayar)
    • Disalurkan sekali sahaja pada 31 Ogos 2025

SIAPA LAYAK BANTUAN MYSARA 2025?

Kelayakan Bantuan MySARA 2025 adalah seperti berikut:

  1. Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan;
    • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih;
  2. Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF;
    • Semua Warganegara Malaysia;
    • Berusia 18 Tahun Ke Atas;

KADAR BAYARAN

Jumlah bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:

  • Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMABAYARAN SETIAP BULANBAYARAN ONE-OFF
(SEKALI BAYAR)
Isi RumahRM100 (Januari – Mac)
RM200 (April – Disember)
RM100 ONE-OFF
Warga Emas Tiada PasanganRM100 (Januari – Mac)
RM150 (April – Disember)
RM100 ONE-OFF
BujangRM50 (Januari – Disember)RM100 ONE-OFF
  • Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMABAYARAN SETIAP BULANBAYARAN ONE-OFF
(SEKALI BAYAR)
Isi RumahRM100 (April – Disember)RM100 ONE-OFF
Warga Emas Tiada PasanganRM50 (April – Disember)RM100 ONE-OFF

SEMAKAN BANTUAN MYSARA 2025

Status Kelayakan boleh disemak secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Penghargaan SARA
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 31/08/2025 (SARA ONE-OFF)
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
    • Contoh Baki (RM) : 100.00
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

BAGAIMANA BANTUAN DIGUNAKAN?

Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  6. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
  7. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) MYSARA

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan MYSARA 2025:

  1. Bagaimana jika semakan MySARA saya menunjukkan status “Tidak Layak”?
    • Semak semula maklumat MyKad, alamat, status pendapatan; ada kemungkinan data belum dikemas kini atau tidak memenuhi kriteria.
  2. Adakah bantuan SARA boleh dituntut tunai?
    • Tidak boleh. Kredit bantuan hanya akan disalurkan ke dalam MyKad penerima, KHUSUS digunakan untuk membeli barangan asas di kedai berdaftar dengan menggunakan MyKad.
  3. Apakah “One-Off RM100” MySARA dan siapa layak?
    • Bantuan ONE-OFF RM100 merupakan bantuan khas untuk rakyat dewasa berwarganegara Malaysia yang disalurkan secara automatik pada 31 Ogos 2025.
  4. Bolehkah baki MySARA dibawa ke bulan seterusnya jika tidak digunakan?
    • Ya, baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya, dan boleh digunakan dalam tempoh bantuan sehingga 31 Disember 2025.
  5. Di mana saya boleh semak senarai kedai MyKasih berdekatan?
    • Anda boleh rujuk Portal Rasmi sara.gov.my atau Aplikasi MyKasih untuk senarai terkini.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment