SEMAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 4 2025
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bakal memasuki Fasa akhir pembayaran bagi tahun 2025 iaitu Fasa Keempat (4) dan akan disalurkan kepada penerima yang layak termasuk Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tanpa pasangan dengan kadar bayaran mengikut kelayakan masing-masing.
Bagaimanakah semakan sumbangan tunai rahmah fasa 4? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: PANDANS SABAH FASA 3 : 2025 SEMAK STATUS SYUKUR RM900 ANDA SEGERA

APA ITU SUMBANGAN TUNAI RAHMAH?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan dalam bentuk wang tunai kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana dengan penyaluran secara berfasa iaitu Fasa 1, 2, 3 dan 4.
SIAPA YANG LAYAK?
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH BAYARAN
Amaun kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 adalah mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | KADAR MAKSIMUM BAYARAN |
---|---|
Isi rumah Berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada anak : RM1,000 1 hingga 2 anak : RM1,500 3 hingga 4 anak : RM2,000 5 anak ke atas : RM2,500 |
Isi rumah Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada anak : RM500 1 hingga 2 anak : RM750 3 hingga 4 anak : RM1,000 5 anak ke atas : RM1,250 |
Warga emas tiada pasangan | RM600 |
Bujang | RM600 |
JADUAL BAYARAN
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 seperti berikut:
FASA STR | TARIKH MASUK BAYARAN |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari 2025 |
Fasa 2 | 24 Mac 2025 |
Fasa 3 | 2 Ogos 2025 |
Fasa 4 | Tarikh bayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa |
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 4
Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran FASA 3] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
INFO PENTING
Berikut disertakan beberapa maklumat penting mengenai STR Fasa 4:
- Pastikan maklumat peribadi (Nama, Alamat, Akaun Bank) dikemaskini agar tidak tertinggal Fasa Bayaran Keempat (4), dan berstatus ‘Lulus’;
- Penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau kredit gagal, bantuan ini boleh dituntut di cawangan BSN berdekatan;
- Simpan maklumat login MySTR dengan selamat dan catat kata laluan atau kunci keselamatan untuk memudahkan proses semakan status kelayakan.
SOALAN LAZIM (FAQ) SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 4
Persoalan lazim (FAQ) yang sering menjadi tanda tanya penerima STR adalah seperti berikut :
- Bila tarikh rasmi bayaran STR Fasa 4 dibuat?
- Tarikh Rasmi Bayaran STR Fasa 4 belum diumumkan oleh Kerajaan, dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Namun, tarikh jangkaan bayaran adalah pada bulan November 2025.
- Berapa jumlah maksimum yang boleh diterima bagi isi rumah?
- Untuk isi rumah berpendapatan, jumlah maksiumum adalah sehingga RM2,500. Namun kadar yang diterima adalah mengikut jumlah tanggungan anak serta bila permohonan STR anda mula diluluskan.
- Jika saya bujang atau warga emas tanpa pasangan, berapa saya layak?
- Kadar maksimum bagi Individu bujang dan warga emas tanpa pasangan ialah sehingga RM600 bagi tahun 2025. Namun kadar yang diterima adalah mengikut bila permohonan STR anda mula diluluskan.
- Bagaimana jika status semakan STR saya tidak lulus?
- Jika tidak lulus, anda boleh mengemukakan rayuan atau hubungi LHDN/hadir ke cawangan berdekatan untuk pengesahan masalah yang dihadapi, dan pastikan maklumat dikemaskini. (Portal MySTR biasanya menyediakan maklumat rayuan).
- Boleh semak STR Fasa 4 tanpa akaun bank?
- Ya. Jika anda tiada akaun bank atau kredit masuk gagal, anda boleh membuat tuntutan bayaran di kaunter cawangan BSN berdekatan.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]