PANDANS SABAH FASA 3 : 2025 SEMAK STATUS SYUKUR RM900 ANDA SEGERA
Inisiatif Kerajaan Negeri Sabah untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan miskin tegar di Sabah Kerajaan Negeri Sabah diteruskan melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat agar dapat meringankan beban kos sara hidup yang dihadapi rakyat.
Bagaimanakah semak status padans sabah fasa 3? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN BANTUAN SABAH RM900 : CHECK ANDA LAYAK ATAU TIDAK SYUKUR FASA 3 2025

APA ITU PANDANS SABAH?
PADANS merupakan Pangkalan Data Negeri Sabah yang digunakan sebagai rujukan untuk bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR SABAH RM900) kepada golongan miskin / miskin tegar di Negeri Sabah.
SIAPA YANG LAYAK?
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya satu tahun;
- Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’;
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024;
- Ketua Isi Rumah (KIR) belum tersenarai dalam sistem eKasih tetapi pendapatan isi rumah mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
JUMLAH & FASA BAYARAN
Kadar bantuan Sabah adalah sebanyak RM300 bagi setiap bulan. Namun, penyaluran kepada penerima akan dilakukan secara berfasa dengan bayaran sebanyak RM900 bagi setiap fasa iaitu bersamaan dengan jumlah bayaran untuk tiga (3) bulan serentak seperti berikut:
FASA BAYARAN | BULAN BAYARAN | JUMLAH BAYARAN (RM) |
---|---|---|
Fasa Pertama (1) | Januari – Mac 2025 | RM900 |
Fasa Kedua (2) | April – Jun 2025 | RM900 |
Fasa Ketiga (3) | Julai – September 2025 | RM900 |
Fasa Keempat (4) | Oktober – Disember 2025 | RM900 |
TARIKH BAYARAN PANDANS SABAH FASA 3
Pengkreditan bayaran Bantuan Sabah Fasa 3 adalah seperti berikut:
BANTUAN | FASA | TARIKH BAYARAN |
---|---|---|
Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR SABAH) | Fasa 3 | Bayaran dijangka disalurkan antara Julai – September 2025 |
Nota Penting : Tarikh Pembayaran akan dimumumkan melalui notifikasi SMS kepada penerima yang layak.
PANDANS SABAH FASA 3
Status ‘Layak’ atau ‘Tidak’ Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah boleh disemak seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 di : https://syukur.sabah.gov.my/
- Halaman utama Portal Semakan Program Sentuhan Kasih Rakyat akan dipaparkan.
- Klik [Teruskan] pada pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] diruangan yang disediakan.
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Status Kelayakan Penerima akan di paparkan di sini ‘Layak’ atau ‘Tidak’.
- Sekiranya disahkan ‘Layak’, bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
KAEDAH BAYARAN
Bantuan SABAH akan disalurkan seperti berikut:
JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN |
---|---|
Mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) Atau Pengkreditan menerusi akaun e-Wallet YONO Superapp |
TIP PENTING UNTUK PERMOHONAN & SEMAKAN
Berikut merupakan beberapa saranan penting untuk permohonan dan semakan kelayakan bantuan :
- Pastikan maklumat anda dalam data PADANS atau di Sistem eKasih adalah terkini seperti Nama, Alamat, atau Isi Rumah
- Jika belum kemasikini maklumat, pengemaskinian perlu dilaksanakan untuk mengelak sebarang masalah berkaitan kegagalan bantuan berlaku.
- Jika belum daftar dalam PADANS atau eKasih, pendaftaran mesti dilakukan melalui portal rasmi atau pejabat daerah.
- Semak tarikh rasmi melalui portal PADANS atau pengumuman kerajaan negeri agar tidak terlepas bayaran.
SOALAN LAZIM (FAQ) PANDANS SABAH FASA 3
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan BANTUAN SABAH 2025:
- Berapakah jumlah bantuan Fasa 3?
- Kadar bayaran bagi Fasa 3 adalah sama seperti Fasa sebelum ini iaitu RM900.
- Siapa yang layak untuk Fasa 3 PANDANS Sabah?
- Penerima yang telah menerima Fasa bayaran sebelum ini, serta KIR yang disenaraikan sebagai miskin / miskin tegar dalam PADANS atau eKasih sehingga 31 Disember 2024.
- Bagaimana cara semak status kelayakan?
- Semakan Status Kelayakan boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi SYUKUR SABAH https://syukur.sabah.gov.my/
- Bilakah tarikh bayaran Fasa 3?
- Bayaran dijangka akan disalurkan antaran bulan Julai hingga September 2025. Tarikh bayaran akan diumumkan melalui notifikasi SMS kepada penerima yang layak.
- Bolehkah saya mohon jika belum tersenarai dalam PADANS / eKasih?
- Boleh, namum begitu pembayaran akan dilaksanakan bermula pada tahun berikutnya kerana syarat bantuan untuk tahun 2025 mestilah KIR yang disenaraikan sebagai miskin / miskin tegar dalam PADANS atau eKasih sehingga 31 Disember 2024.
RUJUKAN
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai Bantuan PADANS SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Talian Bantuan: 088 338 338
- Portal Rasmi SYUKUR : https://padans.sabah.gov.my/
- e-Mel : [email protected]