SEMAKAN BANTUAN SABAH RM900 : CHECK ANDA LAYAK ATAU TIDAK SYUKUR FASA 3 2025

SEMAKAN BANTUAN SABAH RM900 : CHECK ANDA LAYAK ATAU TIDAK SYUKUR FASA 3 2025

Kerajaan Negeri Sabah meneruskan usaha membantu rakyatnya khususnya golongan B40 melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) dengan pemberian bantuan tunai secara berfasa.

Bagaimanakah semakan bantuan sabah rm900? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: PERMOHONAN PENGELUARAN DUIT KWSP : SEMAK SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN BANTUAN SABAH RM900

APA ITU BANTUAN SABAH RM900?

Bantuan Sabah merupakan inisiatif kerajaan Negeri Sabah yang memberi bantuan tunai secara befasa kepada rakyat berkelayakan bagi tujuan :

  • Meringankan beban kewangan penerima dalam mendapatkan keperluan asas;
  • Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah;
  • Memberikan kehidupan yang lebih selesa;

SIAPA YANG LAYAK?

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya satu tahun;
  • Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024;
  • Ketua Isi Rumah (KIR) belum tersenarai dalam sistem eKasih tetapi pendapatan isi rumah mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

SEMAKAN BANTUAN SABAH RM900

Status ‘Layak’ atau ‘Tidak’ Bantuan Sabah boleh disemak seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 di : https://syukur.sabah.gov.my/
  2. Halaman utama Portal Semakan Program Sentuhan Kasih Rakyat akan dipaparkan.
  3. Klik [Teruskan] pada pemakluman terkini.
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] diruangan yang disediakan.
  5. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  6. ⁠Status Kelayakan Penerima akan di paparkan di sini ‘Layak’ atau ‘Tidak’.
  7. Sekiranya disahkan ‘Layak’, bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  8. Selesai.

JADUAL BAYARAN

Kadar bantuan Sabah adalah sebanyak RM300 bagi setiap bulan. Namun, penyaluran kepada penerima akan dilakukan secara berfasa dengan bayaran sebanyak RM900 bagi setiap fasa iaitu bersamaan dengan jumlah bayaran untuk tiga (3) bulan serentak seperti berikut:

FASA PEMBAYARANTARIKH BAYARANJUMLAH BAYARAN
Fasa Pertama (1)Januari – Mac 2025RM900
Fasa Kedua (2)April – Jun 2025RM900
Fasa Ketiga (3)Julai – September 2025RM900
Fasa Keempat (4)Oktober – Disember 2025RM900

KAEDAH BAYARAN

Bantuan SABAH akan disalurkan seperti berikut:

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN
Mempunyai Akaun BankPengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan
Tiada Akaun Bank atau
Status ‘Gagal Kredit’
Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Atau
Pengkreditan menerusi akaun e-Wallet YONO Superapp

SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN SABAH RM900

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan BANTUAN SABAH 2025:

  1. Apa itu Bantuan Sabah RM900?
    • Bantuan khas kerajaan Negeri Sabah kepada rakyat berpendapatan rendah B40 atau miskin dan miskin tegar.
  2. Bagaimana cara semak kelayakan bantuan ini?
    • Semakan boleh dibuat di portal rasmi SYUKUR.
  3. Adakah semua rakyat Sabah layak menerima bantuan ini?
    • Fokus bantuan ini adalah kepada kategori Isi Rumah berpendapatan rendah.
  4. Bila bayaran akan dibuat?
    • Bayaran dibuat secara berfasa, dan tarikh pembayaran akan diumumkan melalui SMS.
  5. Bagaimana cara mohon bantuan ini?

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan SYUKUR SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut:

Leave a Comment