SEMAKAN STR FASA 4 2025 (JUMLAH & BAYARAN)
Tarikh dan jadual pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) setiap fasa akan berubah mengikut pindaan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dari semasa ke semasa dan lazimnya ia dibayar pada hari perayaan dan cuti sekolah.
Ketahui cara semakan bayaran STR Fasa 4 yang mudah secara online di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN SABAH 900 : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK FASA 3 SEKARANG

CARA BAYARAN STR
Bagi memudahkan rakyat menerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kerajaan menyediakan dua (2) cara bayaran bergantung jenis penerima. Berikut merupakan cara bayaran STR kepada setiap jenis penerima :
JENIS PENERIMA | CARA BAYARAN STR |
---|---|
Ada akaun bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan |
Tiada akaun bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Diberikan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) atau di pusat-pusat pemberian yang akan dimaklumkan kepada penerima pedalaman Sabah dan Sarawak |
BILA BAYARAN STR FASA 4 2025?
Tarikh pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 dijangka pada bulan November, namun masih belum diumumkan oleh Kementerian Kewangan (MOF). Tarikh bayaran di sini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sekiranya telah diumumkan.
SIAPA YANG LAYAK?
Kelayakan penerima diukur berdasarkan syarat dan kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan. Berikut merupakan syarat dan kriteria kelayakan penerima setiap kategori :
ISI RUMAH :
- Ketua isi rumah Warganegara Malaysia;
- Berpasangan (ada atau tiada anak);
- Ibu/bapa tunggal (ada anak);
- Pendapatan isi rumah B40 bawah RM2,500 dan pendapatan isi rumah M40 RM2,501 hingga RM5,000 sebulan.
WARGA EMAS :
- Warganegara Malaysia;
- Umur 60 tahun dan ke atas;
- Tiada pasangan / balu / duda / janda (tiada tanggungan);
- Pendapatan warga emas RM5,000 ke bawah.
BUJANG :
- Warganegara Malaysia;
- Had umur 21 hingga 59 tahun (OKU umur 19 tahun ke atas);
- Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak);
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
- Pendapatan bujang bawah RM2,500 sebulan.
KADAR BAYARAN STR FASA 4 2025
Setiap kategori akan menerima kadar bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 yang berbeza. Berikut merupakan anggaran kadar bayaran STR Fasa 4 kepada penerima sedia ada :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR FASA 4 (RM) |
---|---|
Isi Rumah B40 | Tiada anak : RM150 1 – 2 anak : RM300 3 – 4 anak : RM500 5 anak ke atas : RM700 |
Isi Rumah M40 | Tiada anak : RM100 1 – 2 anak : RM200 3 – 4 anak : RM250 5 anak ke atas : RM300 |
Warga Emas | RM150 |
Bujang | RM150 |
SEMAKAN STR FASA 4 2025
Untuk semakan status kelayakan dan maklumat bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), sila ikuti cara semakan status di laman rasmi seperti berikut :
- Layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) STR
Baca soalan lazim dan jawapan berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 seperti berikut :
- Adakah Bantuan STR hanya dibayar kepada individu berkeluarga?
- Tidak, Bantuan STR dibayar kepada individu berkeluarga dan bujang (bergantung kelayakan penerima).
- Siapakah layak terima bayaran Bantuan STR Fasa 4?
- Hanya pemohon yang memenuhi kelayakan dan berstatus ‘Lulus’ akan terima STR Fasa 4.
- Bolehkah penerima Bantuan STR yang mempunyai akaun bank menuntut wang tunai di kaunter BSN juga?
- Tuntutan wang tunai Bantuan STR di kaunter BSN hanya khas untuk penerima yang tiada akaun bank dan status ‘gagal kredit’ sahaja.
- Bolehkah Bantuan STR digunakan untuk bayaran bil?
- Bantuan STR yang disalurkan secara tunai boleh digunakan untuk apa sahaja transaksi bayaran bergantung kepada penerima.
- Dimanakah permohonan Bantuan STR Fasa 4 boleh dikemukakan?
- Permohonan Bantuan STR perlu dikemukakan di Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
MAKLUMAT LANJUT
Maklumat dalam artikel ini dihuraikan berdasarkan Portal Rasmi MySTR. Untuk maklumat lebih lanjut atau sebarang masalah berkaitan Bantuan STR, sila ke pejabat LHDN terdekat atau rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]