BANTUAN SABAH 900 2025 : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK FASA 3 SEKARANG
Sebanyak RM358.5 juta peruntukan yang disalurkan di bawah Program Bantuan SYUKUR Sabah untuk dimanfaatkan oleh 100,000 ribu rakyat Sabah serta yang bermastautin di Negeri Sabah supaya rakyat miskin dan miskin tegar di Sabah dapat dikurangkan.
Semak kelayakan, jadual dan tarikh bayaran Bantuan Sabah RM900 di bawah.
BACA JUGA : PENGELUARAN WANG KWSP 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK KELUAR AKAUN 1 & 2 & 3

APA ITU BANTUAN SABAH?
Program Bantuan SYUKUR Sabah atau Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan kewangan yang disalurkan khas untuk membantu rakyat di Negeri Sabah secara berperingkat.
Antara manfaat pelaksaan Bantuan SYUKUR Sabah adalah dapat :
- Meringankan Beban Kewangan :
- Dengan bantuan RM300 sebulan, penerima dapat menggunakannya untuk keperluan asas seperti makanan dan perbelanjaan harian.
- Meningkatkan Taraf Hidup :
- Bantuan ini dapat membantu keluarga miskin memenuhi keperluan pendidikan dan penjagaan kesihatan anak-anak mereka.
- Memberi Harapan Kepada Golongan Miskin :
- Bantuan kewangan ini bukan sahaja menyokong dari segi kewangan tetapi juga memberikan harapan kepada golongan miskin untuk membina kehidupan yang lebih baik.
SIAPA YANG LAYAK?
Bantuan SYUKUR Sabah khusus untuk 100,000 ribu rakyat yang cukup syarat dan kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sabah. Antara kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut :
SYARAT | KRITERIA PENERIMA |
---|---|
Warganegara | Malaysia |
Had Umur | 18 tahun dan ke atas |
Status Mastautin | Status ‘H’ atau Bermastautin di Sabah tidak kurang 1 tahun |
Kadar Pendapatan | Pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa |
JADUAL BAYARAN BANTUAN SABAH 900 2025
Bayaran Bantuan SYUKUR Sabah dilaksanakan secara berperingkat melalui empat (4) fasa pada tahun ini. Berikut merupakan jadual bayaran Bantuan SYUKUR Sabah sepanjang tahun 2025 :
PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
Fasa 1 (Januari – Mac) | Februari 2025 | RM900 |
Fasa 2 (April – Jun) | April – Mei 2025 | RM900 |
Fasa 3 (Julai – September) | September 2025 | RM900 |
Fasa 4 (Oktober – Disember) | Oktober – November 2025 | RM900 |
CARA BAYARAN BANTUAN SABAH 900
Terdapat tiga (3) cara bayaran Bantuan SYUKUR Sabah kepada penerima, iaitu melalui :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
- Tunai di kaunter bank bagi yang tiada akaun bank; atau
- Dikreditkan melalui akaun e-Wallet di aplikasi YONO Superapp.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SABAH 900 2025
Sekiranya anda ingin tahu status anda sama ada layak atau tidak sebagai penerima Bantuan SYUKUR Sabah, sila buat semakan di Portal Rasmi PADANS mengikut panduan berikut :
- Layari laman Portal Rasmi PADANS ‘Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025’ di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
- Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
- Untuk Semakan Status, lihat pada bahagian ‘Semakan Permohonan’ di sebelah kiri skrin.
- Klik pada butang [Semak].
- Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad* di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN SABAH
Berikut merupakan soalan lazim berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah yang mungkin anda perlu tahu :
- Adakah Bantuan SYUKUR Sabah dikreditkan sekaligus?
- Bantuan SYUKUR Sabah dikreditkan secara berperingkat setiap 3 bulan.
- Bila tarikh bayaran Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 3 2025?
- Bayaran Fasa 3 dijangka bermula pada Ogos 2025 dan diagihkan secara berperingkat sehingga September dan akan dimaklumkan kepada penerima melalui pesanan SMS.
- Bolehkah penerima yang tiada akaun bank mendapatkan Bantuan SYUKUR Sabah melalui aplikasi e-Wallet?
- Ya, penerima perlu muat turun aplikasi YONO Superapp dan mohon Bantuan SYUKUR Sabah masuk dalam aplikasi e-Wallet tersebut.
- Adakah Bantuan SYUKUR Sabah digunakan untuk beli barang dapur dan bayar bil utiliti?
- Ya boleh. Penerima boleh gunakan Bantuan SYUKUR Sabah untuk penuhi keperluan asas dan bayar bil utiliti.
- Adakah pemberian Bantuan SYUKUR Sabah mempunyai had bilangan penerima?
- Kerajaan menghadkan kepada seramai 100,000 ribu penerima pada tahun ini.
INFO LANJUT
Segala informasi yang dikongsikan dalam artikel ini adalah dirujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi PADANS (SYUKUR). Untuk sebarang pertanyaan atau info lebih lanjut, sila hubungi pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
- Talian WhatsApp : 010-582 8207
- E-mel : [email protected]