PERMOHONAN PENGELUARAN DUIT KWSP : SEMAK SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK
Pengeluaran wang simpanan pekerja KWSP dibenarkan untuk tujuan tertentu terutama Akaun 3 (Fleksibel) yang membolehkan ahli mengakses simpanan dengan lebih mudah mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP.
Bagaimanakah permohonan pengeluaran duit kwsp? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN BANTUAN SABAH 2025 RM300 : SEMAK STATUS ANDA LAYAK KE TIDAK

APA ITU KWSP?
KWSP merupakan simpanan wajib bagi pekerja dan majikan di mana caruman secara berkala dikumpulkan dalam akaun individu ahli KWSP. Caruman ini membenarkan ahli mengakses simpanan mereka untuk tujuan tertentu.
JENIS AKAUN PENGELUARAN DUIT KWSP
Akaun KWSP dibahagikan kepada tiga (3) seperti :
JENIS AKAUN | TUJUAN SIMPANAN | PERATUSAN SIMPANAN (%) |
---|---|---|
Akaun 1 (Persaraan) | Simpanan untuk hari tua (persaraan) | 75 % |
Akaun 2 (Sejahtera) | Simpanan untuk tujuan Pendidikan, Perumahan, Perubatan | 15 % |
Akaun 3 (Fleksibel) | Simpanan jangka masa pendek dan kecemasan (pengeluaran bila-bila masa) | 10 % |
APA SYARAT PENGELUARAN DUIT KWSP?
Syarat pengeluaran KWSP mengikut jenis akaun simpanan seperti berikut:
JENIS PENGELUARAN | SYARAT PENGELUARAN |
---|---|
Pengeluaran Akaun 1 (Persaraan) | Berusia antara 55 sehingga 60 tahun |
Pengeluaran Akaun 2 (Sejahtera) | Pengeluaran khas antara umur 50 sehingga 54 tahun/Pendidikan/ Pembelian/binaan rumah/ Rawatan perubatan/ Perlindungan insurans/takaful/Ibadah haji |
Pengeluaran Akaun 3 (Fleksibel) | Pengeluaran pada bila-bila masa dengan amaun minimum sebanyak RM50 |
CARA PERMOHONAN
Permohonan Simpanan KWSP bagi Akaun 1, 2 dan 3 boleh dilakukan melalui (2) kaedah seperti berikut:
- Secara Online di Portal Rasmi KWSP i-Akaun / aplikasi KWSP i-Akaun; atau
- Secara manual di Kaunter Pejabat KWSP berdekatan bagi bukan warganegara.
PERMOHONAN PENGELUARAN DUIT KWSP
Cara Mohon Pengeluaran Simpanan KWSP Akaun 3 melalui aplikasi KWSP i-Akaun seperti berikut:
- Log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun.
- Pilih menu [Pengeluaran].
- Seterusnya, klik pada [Keluarkan Simpanan Anda].
- Pilih [Akaun Fleksibel].
- Klik pada butang [Keluar Sekarang].
- Masukkan jumlah pengeluaran mengikut yang anda layak dan klik [Teruskan].
- Kemaskini maklumat akaun bank anda.
- Kemudian, klik butang [Teruskan].
- Sekiranya anda bersetujut dengan ‘Perakuan Ahli’, klik butang [Terima].
- Nombor TAC akan dihantar, masukkan dengan tepat.
- ‘Permohonan anda berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
- Selesai.
PROSES & TEMPOH BAYARAN
Tempoh pengeluaran duit kwsp adalah seperti berikut:
TEMPOH PENGELUARAN/KELULUSAN | PENERANGAN |
---|---|
7 – 14 hari bekerja selepas permohonan diluluskan (bergantung jenis pengeluaran) | Bayaran dikreditkan terus ke akaun bank penerima DAN Status permohonan boleh disemak melalui i-Akaun atau SMS notifikasi |
SOALAN LAZIM (FAQ) KWSP
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan KWSP:
- Bolehkah saya keluarkan semua duit KWSP?
- Tidak, KWSP hanya membolehkan pengeluaran fleksibel (akaun 3), manakala Akaun 1 hanya pada usia persaraan.
- Berapakah minimum pengeluaran Akaun 3 KWSP?
- Pengeluaran Minimum ialah RM50, dan ahli boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa sahaja.
- Adakah permohonan pengeluaran KWSP boleh dibuat secara online?
- Ya, pengeluaran boleh dimohon melalui portal i-Akaun atau Aplikasi i-Akaun tanpa perlu hadir ke kaunter pejabat KWSP.
- Bila duit pengeluaran akan masuk ke akaun?
- Duit akan disalurkan ke dalam akaun anda dalam tempoh 7 – 14 hari bekerja selepas permohonan diluluskan (bergantung kepada jenis bank akaun yang digunakan).
- Adakah KWSP akan umumkan lagi skim khas pengeluaran?
- Tiada pengumuman rasmi setakat ini, sebarang skim khas akan dimaklumkan oleh kerajaan.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berdekatan.
- Talian Bantuan : 03-8922 6000
- Laman Web Rasmi : https://www.kwsp.gov.my