SEMAKAN BANTUAN SABAH 2025 RM300 : SEMAK STATUS ANDA LAYAK KE TIDAK
Kerajaan Negeri Sabah melaksanakan satu inisiatif untuk membantu rakyat yang memerlukan melalui program Bantuan Sabah 2025 dimana bantuan akan diberikan kepada golongan isi rumah B40 yang layak secara berfasa bagi meringankan beban kos sara hidup yang dihadapi.
Bagaimanakah cara cek baki mykasih? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: APAKAH YANG SAYA BOLEH BELI DENGAN MYKASIH

APA ITU BANTUAN SABAH 2025 RM300
Bantuan Syukur Sabah merupakan inisiatif kerajaan Negeri Sabah yang memberi bantuan tunai secara befasa kepada rakyat berkelayakan bagi tujuan :
- Menyokong golongan B40 dan Miskin tegar;
- Mengurangkan beban sara hidup; dan
- Pembasmian Kemiskinan Tegar.
SIAPA YANG LAYAK?
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya satu tahun;
- Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024;
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’;
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024;
- Ketua Isi Rumah (KIR) belum tersenarai dalam sistem eKasih tetapi pendapatan isi rumah mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
JADUAL BAYARAN
Kadar bantuan Sabah adalah sebanyak RM300 bagi setiap bulan. Namun, penyaluran kepada penerima akan dilakukan secara berfasa dengan bayaran sebanyak RM900 bagi setiap fasa iaitu bersamaan dengan jumlah bayaran untuk tiga (3) bulan serentak seperti berikut:
FASA PEMBAYARAN | TARIKH BAYARAN | JUMLAH BAYARAN |
---|---|---|
Fasa Pertama (1) | Januari – Mac 2025 | RM900 |
Fasa Kedua (2) | April – Jun 2025 | RM900 |
Fasa Ketiga (3) | Julai – September 2025 | RM900 |
Fasa Keempat (4) | Oktober – Disember 2025 | RM900 |
BANTUAN SABAH 2025 RM300
Status ‘Layak’ atau ‘Tidak’ Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah boleh disemak seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 di : https://syukur.sabah.gov.my/
- Halaman utama Portal Semakan Program Sentuhan Kasih Rakyat akan dipaparkan.
- Klik [Teruskan] pada pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] diruangan yang disediakan.
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Status Kelayakan Penerima akan di paparkan di sini ‘Layak’ atau ‘Tidak’.
- Sekiranya disahkan ‘Layak’, bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
KAEDAH BAYARAN
Bantuan SABAH akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan menerusi akaun bank penerima;
- Secara tunai kepada penerima yang ‘tiada akaun bank’; atau
- Pengkreditan menerusi akaun e-Wallet YONO Superapp.
SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN SABAH 2025
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan BANTUAN SABAH 2025:
- Apa itu Bantuan Sabah 2025 RM300?
- Ia adalah bantuan kewangan di bawah program SYUKUR Sabah untuk rakyat berpendapatan rendah (miskin dan miskin tegar).
- Bila tarikh bayaran Bantuan Sabah 2025?
- Bayaran akan dilaksanakan mengikut fasa, dan penerima yang layak bakal menerima notifikasi tarikh bayaran melalui SMS.
- Siapa yang layak menerima bantuan ini?
- Golongan Isi rumah B40 yang berdaftar eKasih dan disahkan oleh kerajaan negeri Sabah.
- Berapa jumlah yang akan diterima setiap bulan?
- Setiap Isi rumah layak menerima RM300 sebulan, dimana bantuan disalurkan secara berfasa iaitu RM900 untuk 3 bulan sekaligus.
- Apakah yang boleh dibeli guna Bantuan Sabah?
- Pelbagai bentuk barangan keperluan yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan Sabah terutamanya barang keperluan asas.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan SYUKUR SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Talian Bantuan: 088 338 338
- Portal Rasmi SYUKUR : https://padans.sabah.gov.my/
- e-Mel : [email protected]