LESEN MEMANDU PERCUMA PERMOHONAN (2025)
Ramai antara rakyat Malaysia yang masih belum mempunyai sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM). Oleh itu, bagi membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan mendapatkan lesen, Kerajaan mewujudkan Bantuan Lesen Memandu Percuma (MyLesen B2) di bawah kerjasama KPM dan JPJ.
Ketahui syarat kelayakan, bila boleh mohon dan cara permohonan lengkap Bantuan Lesen Memandu Percuma di bawah.
BACA JUGA : REGISTER EKASIH ONLINE

SIAPA LAYAK MOHON?
Bantuan Lesen Memandu Percuma hanya layak dimohon oleh rakyat yang memenuhi kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Sihat dari segi fizikal dan mental;
- Golongan Belia (Berusia 16 hingga 35 tahun);
- Terdiri daripada Golongan Keluarga Berpendapatan Rendah (B40);
- Pelajar Sekolah Menengah, Lepasan SPM, Graduan Institut Pengajian Tinggi atau Golongan Belia;
- Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
- Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, dan PDRM semasa mengemukakan permohonan.
TUJUAN BERI LESEN MEMANDU PERCUMA
Tujuan utama pemberian Bantuan Lesen Memandu Percuma adalah untuk :
- Meringankan beban golongan kurang berkemampuan B40 untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM).
- Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu serta latihan dan kemahiran memandu yang disediakan.
- Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.
- Meningkatkan peluang dan kebolehpasaran pekerjaan bagi golongan B40 yang memerlukan lesen untuk bekerja.
JENIS LESEN MEMANDU PERCUMA
Hanya satu (1) sahaja jenis Lesen Memandu yang diberikan secara percuma, iaitu :
NAMA PROGRAM | JENIS LESEN |
---|---|
MyLesen (Bantuan Lesen Memandu Percuma) | B2 (Motorsikal) |
DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN
Pemohon disarankan menyediakan dokumen sokongan bersama-sama borang permohonan. Berikut merupakan dokumen sokongan yang diperlukan :
- Salinan kad pengenalan;
- Bukti penerimaan bantuan kerajaan;
- Surat pengesahan pendapatan isi rumah; dan
- Gambar berukuran pasport terkini.
CARA PERMOHONAN LESEN MEMANDU PERCUMA
Sila muat turun Borang Permohonan Lesen Memandu yang disediakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di bawah :
- Dapatkan borang Permohonan Lesen Percuma MyLESEN B2 2025 Terkini.
- Kemudian, Isi maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dengan lengkap.
- Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan seperti Kad Pengenalan, Keputusan Ujian Saringan Kesihatan, dan Gambar Pasport.
- Setelah itu, pemohon hendaklah memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal dan hantar borang tersebut.
- Apabila permohonan diluluskan, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. (Pastikan pemohon hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal).
- Selesai.
Bagaimanapun, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih belum mengeluarkan sebarang borang permohonan Bantuan MyLesen B2 bagi sesi 2025. Oleh itu, anda disarankan untuk melayari portal rasmi JPJ dari masa ke semasa supaya tidak terlepas dari memohon Bantuan Lesen Percuma kerana kuota adalah terhad.
SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA
Berikut merupakan antara soalan-soalan lazim (faq) berkaitan Bantuan Lesen Memandu Percuma (MyLesen B2) :
- Bilakah boleh kemukakan permohonan Bantuan MyLesen B2?
- Bergantung kepada pihak JPJ setiap negeri.
- Adakah lesen kereta juga boleh dimohon secara percuma?
- Program Bantuan Lesen Memandu Percuma hanyalah untuk Kelas B2 (Motorsikal) sahaja.
- Adakah pelajar berumur 16 tahun juga boleh mohon Bantuan MyLesen B2?
- Ya, belia berumur 16 hingga 35 tahun boleh mohon Bantuan MyLesen B2 sekiranya memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan.
- Adakah semua fi dan yuran Lesen Memandu B2 ditanggung oleh Kerajaan sekiranya lulus permohonan?
- Kos yuran peserta yang melibatkan fi latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya. Namun, Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
- Bagaimanakah sekiranya pemohon yang lulus permohonan tetapi tidak hadir semasa latihan, amali dan ujian?
- Apabila permohonan diluluskan, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. (Pastikan pemohon hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal).
Soalan lazim lebih lanjut : https://www.jpj.gov.my/wp-content/uploads/2025/04/SOALAN-LAZIM-PROGRAM-MYLESEN-B2-.pdf.
MAKLUMAT LANJUT
Setiap huraian dalam artikel ini berkaitan Bantuan Lesen Percuma (MyLesen B2) adalah dirujuk daripada Portal Rasmi JPJ. Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan Program MyLesen B2, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Rasmi : 03-8892 8714 / 8693
- Alamat e-mel :[email protected]