CARA CEK BAKI MYKASIH (PANDUAN LENGKAP)

CARA CEK BAKI MYKASIH (PANDUAN LENGKAP)

Ramai penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) masih tertanya-tanya bagaimana cara semak baki MyKasih yang telah dikreditkan ke dalam MyKad mereka yang membolehkan mereka membeli barangan asas di kedai MyKasih berdaftar tanpa perlu membawa wang tunai.

Bagaimanakah cara cek baki mykasih? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN BANTUAN 100 SEBULAN : (2025) SEMAK LAYAK ATAU TIDAK

CARA CEK BAKI MYKASIH

APA ITU PROGRAM MYKASIH?

Bantuan MyKasih merujuk kepada :

  • Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA);
  • Disalurkan setiap bulan kepada penerima yang layak;
  • Pengkreditan terus ke dalam MyKad penerima;
  • Khusus digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai berdaftar.

SIAPA YANG LAYAK?

Kelayakan penerima MyKasih 2026 adalah seperti berikut:

SARA MISKIN DAN
MISKIN TEGAR EKASIH
SARA BUKAN EKASIH
Warganegara MalaysiaWarganegara Malaysia
Lulus dan Penerima
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026
Lulus dan Penerima
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026
Pendapatan Bawah Garis
Kemiskinan Semasa (PGK)
Pendapatan Bermula RM2,500
sehingga RM5,000 sebulan
Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasihBUKAN eKasih
Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan BujangKategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang

CEK BAKI JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2026

Kadar bantuan yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:

  • Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN BAYARAN SETAHUNKADAR BAYARAN
SETIAP BULAN
Isi RumahRM2,400RM200
(Januari – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM1,800RM150
(Januari – Disember)
BujangRM1,200RM100
(Januari – Disember)
  • Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN BAYARAN SETAHUNKADAR BAYARAN
SETIAP BULAN
Isi RumahRM1,200RM100
(Januari – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM600RM50
(Januari – Disember)
BujangRM600RM50
(Januari – Disember)

CEK TARIKH AKHIR GUNA BAKI MYKASIH

Kredit bantuan MyKasih boleh digunakan bermula tarikh ia mula disalurkan ke dalam MyKad penerima, dan baki yang tidak digunakan akan di bawa bulan-bulan seterusnya sehingga tarikh akhir penggunaan pada 31 Disember 2026.

SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS

Lebih 100,000 barangan asas daripada 15 Kategori yang diluluskan untuk pembelian menggunakan kredit MyKasih termasuk beras, roti, telur, makanan sejuk beku, minyak masak, tepung, biskut, mee segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

CARA CEK BAKI MYKASIH

Baki duit MyKasih boleh disemak secara online di Portal Rasmi MyKasih seperti berikut:

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/ms/.
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Klik butang [Semak Kelayakan] untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, klik butang [Semakan Status].
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : SARA Bulanan 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 01/01/2026
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
    • Contoh Baki (RM) : 100.00
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

CARA GUNA BANTUAN DI KEDAI

Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 15 kategori barangan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan MyKasih.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  6. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
  7. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan MYKASIH 2025:

  1. Bolehkah saya semak baki MyKasih secara online?
    • Ya. Semakan baki boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi sara.gov.my atau di Aplikasi MyKasih.
  2. Jika baki tidak habis digunakan, adakah ia akan luput?
    • Baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya, dan boleh digunakan sehingga sebelum tarikh luput pada 31 Disember 2026.
  3. Bagaimanakah cara ingin tahun kedai yang terima MyKasih?
    • Senarai Kedai MyKasih boleh disemak di Portal Rasmi sara.gov.my atau Aplikasi MyKasih, serta kedai yang menyediakan label atau logo MyKasih.
  4. Adakah saya perlu memohon MyKasih secara berasingan?
    • Tidak. Semua penerima STR 2026 akan menerima MyKasih secara automatik melalui MyKad.
  5. Adakah semua barang runcit boleh dibeli dengan MyKasih?
    • Tidak. Hanya barangan asas terpilih yang diluluskan di bawah Program MyKasih sahaja.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment