SEMAKAN BANTUAN 100 SEBULAN : (2025) SEMAK LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN BANTUAN 100 SEBULAN : (2025) SEMAK LAYAK ATAU TIDAK

Kerajaan meneruskan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 dengan penambahbaikan baharu, yang membolehkan lebih ramai penerima layak menikmati bantuan bulanan melalui pengkreditan terus ke MyKad.

Bagaimanakah semakan bantuan 100 sebulan? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAK DUIT DALAM MYKAD (2025)

APA ITU BANTUAN 100 SEBULAN?

Bantuan 100 sebulan merujuk kepada :

  • Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA);
  • Disalurkan setiap bulan kepada penerima yang layak;
  • Pengkreditan terus ke dalam MyKad penerima;
  • Khusus digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai berdaftar;

SIAPA YANG LAYAK?

Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:

SARA MISKIN DAN MISKIN TEGAR EKASIHSARA BUKAN EKASIH
Warganegara MalaysiaWarganegara Malaysia
Lulus dan Penerima
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
Lulus dan Penerima
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasihBUKAN eKasih
Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan BujangKategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan

KADAR BAYARAN

Jumlah bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:

  • Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
BAYARAN SETAHUN
KADAR BAYARAN
SETIAP BULAN
Isi RumahRM2,100 RM100 (Januari – Mac)
RM200 (April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM1,650RM100 (Januari – Mac)
RM150 (April – Disember)
BujangRM600RM50 (Januari – Disember)
  • Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
BAYARAN SETAHUN
KADAR BAYARAN
SETIAP BULAN
Isi RumahRM900RM100 (April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM450RM50 (April – Disember)

TARIKH BAYARAN

Penyaluran bantuan SARA kepada penerima yang layak seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
BULANAN
TARIKH LUPUT/TAMAT PROGRAM
Lulus STR & Berstatus eKasihBermula 15 Januari sehingga Disember 202531 Disember 2025
Lulus STR SahajaBermula 1 April sehingga Disember 202531 Disember 2025

Baki SARA boleh dibawa ke bulan-bulan seterusnya sehingga tarikh akhir penggunaan pada 31 Disember 2025.

BARANGAN YANG BOLEH DIBELI

Lebih 100,000 barangan asas daripada 14 Kategori yang diluluskan untuk pembelian termasuk beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mee segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

SEMAKAN BANTUAN 100 SEBULAN

SEMAKAN BANTUAN 100 SEBULAN

Status kelayakan bantuan boleh disemak secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Penghargaan SARA
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 31/08/2025 (SARA ONE-OFF)
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
    • Contoh Baki (RM) : 100.00
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

CARA GUNA BANTUAN DI KEDAI

Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  6. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
  7. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN 100 SEBULAN

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA 2025:

  1. Siapa yang layak terima bantuan 100 sebulan ini?
    • Penerima STR 2025 Kategori Isi Rumah bukan eKasih akan secara automatik layak.
  2. Adakah duit ini boleh dikeluarkan tunai?
    • Tidak. Ia hanya boleh digunakan untuk beli barang asas dengan menggunakan MyKad.
  3. Bagaimana cara semak status kelayakan?
    • Semakan boleh dibuat secara online di Portal Rasmi sara.gov.my.
  4. Apa yang terjadi jika baki tidak digunakan bulan tersebut?
    • Baki bantuan akan dibawa ke bulan berikutnya, dan boleh digunakan dalam tempoh sah program iaitu sehingga 31 Disember 2025.
  5. Di mana saya boleh dapatkan senarai kedai berdaftar MyKasih?
    • Anda boleh rujuk Laman Rasmi sara.gov.my atau Aplikasi MyKasih untuk senarai terkini.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment