SEMAK DUIT DALAM MYKAD (2025)
Terkini! Masih ramai rakyat Malaysia belum jelas tentang bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad, yang sebenarnya boleh digunakan sebagai kaedah pembayaran tanpa tunai untuk barangan asas di bawah Program MyKasih.
Bagaimanakah semak duit dalam mykad? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN BANTUAN RM100 MYKAD SARA (2025)

APA MAKSUD DUIT DALAM MYKAD?
Duit dalam MyKad merujuk kepada :
- Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA);
- Kredit bantuan disalurkan ke dalam MyKad penerima;
- Khusus digunakan untuk barangan keperluan asas di kedai berdaftar Program SARA;
SIAPA YANG LAYAK?
Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:
SARA MISKIN DAN MISKIN TEGAR EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
---|---|
Warganegara Malaysia | Warganegara Malaysia |
Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 | Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 |
Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih | BUKAN eKasih |
Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang | Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan |
KADAR BAYARAN
Jumlah bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:
- Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM2,100 | RM100 (Januari – Mac) RM200 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 | RM100 (Januari – Mac) RM150 (April – Disember) |
Bujang | RM600 | RM50 (Januari – Disember) |
- Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM900 | RM100 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM450 | RM50 (April – Disember) |
TARIKH BAYARAN
Penyaluran bantuan SARA kepada penerima yang layak seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN SARA BULANAN | TARIKH LUPUT/TAMAT PROGRAM |
---|---|---|
Lulus STR & Berstatus eKasih | Bermula 15 Januari sehingga Disember 2025 | 31 Disember 2025 |
Lulus STR Sahaja | Bermula 1 April sehingga Disember 2025 | 31 Disember 2025 |
Baki SARA boleh dibawa ke bulan-bulan seterusnya sehingga tarikh akhir penggunaan pada 31 Disember 2025.
BAGAIMANA DUIT DIKREDITKAN KE MYKAD?
Individu yang memenuhi syarat kelayakan bantuan yang terdapat dalam Sistem MyKasih/SARA akan menerima bantuan seperti berikut:
- Kredit Bantuan disalurkan secara automatik ke dalam MyKad yang layak.
- Semasa anda membeli barang di kedai berdaftar Program SARA, MyKad akan diimbas untuk menolak baki kredit.
APA BOLEH DIBELI DENGAN DUIT DALAM MYKAD?
Antara barangan asas yang boleh dibeli menggunakan MyKad ialah:
KATEGORI BARANG | CONTOH |
---|---|
Makanan Asas | Beras / Roti / Telur / Minyak Masak / Tepung /Biskut / Mee Segera |
Minuman | Susu / Milo / The / Nescafe |
Makanan dalam Tin | Sardin / Tuna / Kacang panggang |
Bahan perasa | Sos / Kicap / Gula / Garam |
Produk Kebersihan Diri | Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita |
Ubat-ubatan | Panadol / Ubat Batuk |
Barangan Persekolahan | Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah / Kasut Sekolah |
Produk Kebersihan Rumah | Sabun Pencuci Pinggan / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian |
DUIT DALAM MYKAD
Jumlah baki duit dalam MyKad boleh disemak secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025 (SARA ONE-OFF)
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Contoh Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA 2025:
- Adakah MyKad menyimpan wang?
- Tidak. MyKad hanya sebagai pengesahan identiti. Duit bantuan yang dikreditkan adalah melalui sistem MyKasih.
- Bagaimana cara guna duit dalam MyKad?
- Bawa MyKad dan pergi ke kedai berdaftar MyKasih untuk beli barang asas, dan imbas MyKad semasa bayar barang tersebut.
- Bolehkah saya keluarkan tunai dari MyKad?
- Tidak boleh. Kredit bantuan hanya boleh digunakan untuk membeli barangan asas dengan menggunakan MyKad.
- Sampai bila duit dalam MyKad boleh digunakan?
- Duit bantuan dalam MyKad boleh digunakan bermula tarikh bantuan disalurkan ke dalam MyKad dan sah sehingga tamat Program (31 Disember 2025).
- Di mana saya boleh semak kedai MyKasih/SARA berhampiran?
- Anda boleh rujuk Portal Rasmi sara.gov.my atau Aplikasi MyKasih untuk senarai terkini.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]