CEK STR FASA 4 (2025)
STR atau rasminya Sumbangan Tunai Rahmah yang merupakan bantuan kewangan yang disedikan oleh pihak Kerajaan pada setiap tahun melalui peruntukan Belanjawan. Ianya disalurka secara berfasa bagi membantu meringankan bebanan kewangan rakyat dari semasa ke semasa.
Ketahui maklumat dan cara cek status bayaran STR Fasa 4 yang lebih lengkap di bawah.
BACA JUGA : JENIS BARANG MYKASIH : CARA BELI GUNA BANTUAN DALAM MYKAD

SIAPA YANG LAYAK?
Pemohon yang memenuhi kriteria dan syarat kelayakan sahaja akan dipilih untuk menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Berikut merupakan kriteria dan syarat kelayakan bagi setiap kategori penerima :
ISI RUMAH :
- Ketua Isi Rumah Warganegara Malaysia;
- Berpasangan (ada atau tiada anak);
- Ibu / bapa tunggal (ada anak);
- Tiada had umur;
- Pendapatan bawah RM2,500 (B40); atau pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 (M40).
BUJANG :
- Warganegara Malaysia;
- Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak);
- Berumur 21 hingga 59 tahun (Bujang OKU umur 19 tahun ke atas);
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
- Pendapatan bujang bawah RM2,500 sebulan.
WARGA EMAS :
- Warganegara Malaysia;
- Tiada pasangan dan tiada tanggungan;
- Umur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan warga emas bawah RM5,000 sebulan.
CARA AGIHAN STR FASA 4
Untuk memudahkan rakyat menerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Kerajaan menyediakan dua (2) cara agihan seperti berikut :
JENIS PENERIMA | CARA AGIHAN STR FASA 4 |
---|---|
Penerima Ada Akaun Bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan |
Penerima Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
JUMLAH AGIHAN STR FASA 4
Jumlah agihan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 adalah berdasarkan kategori dan kelayakan penerima. Berikut merupakan anggaran jumlah agihan Fasa 4 :
- KATEGORI ISI RUMAH :
KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH AGIHAN STR FASA 4 |
---|---|
Isi Rumah B40 (Pendapatan Bawah RM2,500) | Tiada anak : RM150 1 – 2 anak : RM300 3 – 4 anak : RM500 5 anak ke atas : RM700 |
Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) | Tiada anak : RM100 1 – 2 anak : RM200 3 – 4 anak : RM250 5 anak ke atas : RM300 |
- KATEGORI BUJANG :
KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH AGIHAN STR FASA 4 |
---|---|
Bujang / Balu / Duda / Janda (Umur 21 hingga 59 tahun) | RM150 |
Warga Emas Bujang / Balu / Duda / Janda (Umur 60 tahun dan ke atas) | RM150 |
TARIKH & JADUAL AGIHAN STR
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diagihkan secara berperingkat melalui empat (4) fasa dan tiga (3) darinya telah selesai diagihkan kepada yang layak pada tarikh yang ditetapkan. Berikut merupakan tarikh dan jadual agihan :
PERINGKAT FASA | TARIKH AGIHAN STR |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari – 28 Januari 2025 |
Fasa 2 | 24 Mac – 27 Mac 2025 |
Fasa 3 | 12 Ogos – 19 Ogos 2025 |
Fasa 4 | Akan dikemaskini dari semasa ke semasa |
CEK STR FASA 4
Anda boleh cek status kelayakan dan maklumat bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 melalui Portal Rasmi seperti berikut :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Ikuti panduan lengkap cara cek status seperti berikut :
- Lawati Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR); atau klik pautan di atas.
- Klik butang [TUTUP] untuk iklan ‘Makluman Terkini’ di halaman utama Portal.
- Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) STR
Antara soalan lazim (faq) yang sering ditanya berkaitan Bantuan STR adalah seperti berikut :
- Dimanakah boleh mohon Bantuan STR?
- Permohonan STR boleh dikemukakan secara online melalui https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Adakah rakyat pedalaman Sabah dan Sarawak akan menerima Bantuan STR secara tunai?
- Bagi rakyat yang tiada akaun bank atau status ‘gagal kredit’ akan menerima bayaran secara tunai di kaunter BSN atau pusat-pusat yang ditetapkan oleh Kerajaan.
- Bolehkah Bantuan STR digunakan untuk bayar bil utiliti?
- Ya, Bantuan STR boleh digunakan untuk apa sahaja jenis bayaran.
- Bilakah bayaran STR Fasa 4?
- Bayaran STR Fasa 4 dijangka pada bulan November, namun tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kewangan (MOF).
- Adakah Bantuan STR dimasukan dalam akaun bank isteri sekiranya suami tiada akaun bank?
- Ya. Bantuan STR akan dimasukkan dalam akaun bank pasangan yang aktif.
MAKLUMAT LANJUT
Semua maklumat berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam artikel ini dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR. Sekiranya anda mempunyai masalah atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), sila kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terdekat atau hubungi talian berikut :
- Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
- Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Alamat E-mel : [email protected]