JENIS BARANG MYKASIH 2025 : CARA BELI GUNA BANTUAN DALAM MYKAD
Pelbagai jenis barangan keperluan asas yang dapat dibeli dengan menggunakan Bantuan SARA MyKasih yang dikreditkan dalam MyKad setiap penerima. Kini, Kerajaan telah menyenaraikan lebih 900 jenama barangan yang boleh dibeli di mana-mana premis terpilih seluruh Malaysia.
Ketahui jenis barang MyKasih yang boleh beli guna Bantuan SARA Dalam MyKad di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STR FASA 4 2025

APA ITU MYKASIH?
Program MyKasih yang mengendalikan pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) supaya rakyat dapat menerima barangan keperluan asas dengan hanya menggunakan Kad Pengenalan (MyKad) sahaja.
Kerajaan MADANI menyalurkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih ke dalam MyKad penerima yang layak melalui penyaluran setiap bulan dan one-off (sekaligus) dan boleh digunakan untuk beli barang-barang keperluan asas selama setahun.
JENIS BARANG MYKASIH 2025
14 kategori barangan MyKasih dan lebih 900 jenama yang diluluskan boleh dibeli dengan menggunakan MyKad. Antaranya telah disenaraikan di bawah :
KATEGORI BARANG | JENAMA YANG DILULUSKAN |
---|---|
Beras | Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya. |
Roti | Gardenia / Massimo / Mighty White dan sebagainya. |
Tepung | Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey dan sebagainya. |
Minyak Masak | Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit dan sebagainya. |
Bahan Perasa | Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta dan sebagainya. |
Telur | Nutriplus / QL eggs / CP dan sebagainya. |
Mi Segera | Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap dan sebagainya. |
Minuman | Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf dan sebagainya. |
Biskut | Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng dan sebagainya. |
Makanan Dalam Tin | Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup dan sebagainya. |
Ubat-ubatan | Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam dan sebagainya. |
Produk Kebersihan Diri | Colgate / Dettol / Kotex / Dove dan sebagainya. |
Produk Kebersihan Rumah | Top / Daia / Sunlight / Ajax / Softlan dan sebagainya. |
Alatan Sekolah | Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler dan sebagainya. |
TARIKH BARANG MYKASIH BOLEH DIBELI
Penyaluran Bantuan SARA MyKasih adalah dilaksanakan setiap bulan (kepada penerima B40 dan M40) dan sekaligus (kepada semua rakyat Malaysia termasuk B40 dan M40). Berikut merupakan jadual penyaluran MyKasih :
JENIS PENERIMAAN | TARIKH PENYALURAN |
---|---|
Setiap bulan (0.7 juta penerima B40) | Bermula 15 Januari 2025 sehingga 1 Disember 2025 |
Setiap bulan (4.7 juta penerima B40 dan M40) | Bermula 1 April 2025 sehingga 1 Disember 2025 |
Sekaligus (22 juta rakyat dewasa Malaysia) | Pada 31 Ogos 2025 |
SENARAI PREMIS MYKASIH 2025
Terdapat lebih 7,300 premis (kedai runcit, pasar mini dan pasar raya) yang berdaftar dan mempunyai sistem bayaran MyKasih. Antara premis yang terpilih adalah :
SENARAI PREMIS TERPILIH |
---|
Lotus (Tesco) |
Mydin |
Giant |
Pacific |
Econsave |
99 Speedmart |
TL / TF Mart |
CARA BELI BARANG MYKASIH 2025
Hanya penerima yang disahkan ‘Layak’ sahaja boleh membuat pembelian barang MyKasih mengikut langkah-langkah yang dihuraikan di bawah :
LANGKAH | CARA BELI BARANG MYKASIH |
---|---|
1. | Pergi ke premis (kedai runcit atau pasar raya) yang mempunyai sistem MyKasih |
2. | Pilih barang keperluan yang ingin dibeli |
3. | Pergi ke kaunter yang mempunyai sistem bayaran MyKasih |
4. | Berikan MyKad kepada juruwang untuk sahkan status penerima MyKasih |
5. | Semua barang keperluan yang dipilih akan diimbas guna sistem MyKasih |
6. | Bayaran barang MyKasih adalah menggunakan MyKad |
7. | Resit bayaran akan diberikan untuk rujukan baki |
SOALAN LAZIM (FAQ) BARANG MYKASIH
Berikut merupakan soalan-soalan lazim (faq) berkaitan Bantuan MyKasih :
- Bolehkah beli ikan, ayam atau sayur dengan guna MyKasih?
- Pembelian hanya khusus untuk barangan keperluan asas yang diluluskan sahaja.
- Bolehkah Bantuan MyKasih dalam MyKad digunakan untuk bayar tol atau pengangkutan awam?
- Tidak boleh. Ianya hanya boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas sahaja.
- Bolehkah beli barang MyKasih di negeri lain?
- Ya boleh asalnya premis tersebut mempunyai sistem bayaran MyKasih.
- Apa akan terjadi sekiranya penerima tidak menggunakan Bantuan MyKasih untuk beli barang keperluan?
- Sekiranya penerima tidak pernah menggunakan Bantuan MyKasih sehingga 31 Disember 2025, Ianya akan luput dan ditarik dari MyKad untuk diagihkan kepada rakyat yang layak pada tahun berikutnya.
- Adalah penerima boleh mewakilkan orang lain untuk beli barang MyKasih?
- Ianya bergantung kepada penerima tersebut.
RUJUKAN
Senarai barang, senarai premis, cara guna dan segala maklumat di atas berkaitan Bantuan SARA MyKasih adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, sila rujuk pihak MyKasih seperti berikut :
- Talian Bantuan MyKasih : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]