SEMAKAN STR FASA 4 2025
Pemohon baharu dan rayuan yang mengemukakan permohonan bermula 19 Oktober 2025 dan sekiranya memenuhi kelayakan akan menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk Fasa 4 tidak lama lagi.
Ketahui panduan semakan STR Fasa 3 dan info lebih lanjut berkaitan jadual, kadar bayaran dan sebagainya di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN SABAH RM900 : SEMAK KELAYAKAN FASA 3 ANDA SEGERA

APA ITU STR?
STR atau rasminya Sumbangan Tunai Rahmah adalah merupakan bantuan kewangan yang diteruskan daripada BR1M, BKM, BTR bagi membantu meringankan bebanan kewangan rakyat-rakyat daripada golongan B40 dan M40.
Pada tahun 2025, Kerajaan MADANI menambah peruntukan Bantuan STR sehingga RM13 billion untuk manfaat seramai 9 juta rakyat Malaysia. Disamping itu juga, Kerajaan MADANI membuka permohonan dan rayuan sepanjang tahun supaya lebih ramai rakyat dapat menerima Bantuan STR dari fasa ke fasa.
CARA BAYARAN STR SETIAP FASA
Dua (2) cara bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), iaitu :
- Bayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau pusat-pusat pemberian yang tertentu khas kepada :
- Penerima tiada akaun bank; atau
- Status ‘Gagal Kredit’; atau
- Penerima di Pedalaman Sabah dan Sarawak.
- Bayaran secara terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan dalam permohonan STR.
TARIKH & JADUAL BAYARAN STR
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dari Fasa 1 hingga Fasa 4 adalah mengikut jadual berikut :
JADUAL FASA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari – 28 Januari 2025 |
Fasa 2 | 24 Mac – 27 Mac 2025 |
Fasa 3 | 12 Ogos – 17 Ogos 2025 |
Fasa 4 | Akan dikemaskini apabila diumumkan |
KADAR BAYARAN STR FASA 4 2025
Setiap penerima sedia ada dianggarkan menerima kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk Fasa 4 sebanyak berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR FASA 4 |
---|---|
Isi Rumah B40 (>RM2,500) | Tiada anak : RM150 1 – 2 anak : RM300 3 – 4 anak : RM500 5 anak ke atas : RM700 |
Isi Rumah M40 (RM2,501-RM5,000) | Tiada anak : RM150 1 – 2 anak : RM200 3 – 4 anak : RM250 5 anak ke atas : RM300 |
Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM150 |
Bujang | RM150 |
SEMAKAN STR FASA 4 2025
Untuk mengetahui status kelayakan dan maklumat bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), ikuti panduan cara semak seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) STR
Berikut merupakan soalan-soalan lazim (faq) berkaitan Bantuan STR yang sering ditanya oleh penerima :
- Siapakah layak terima bayaran Bantuan STR Fasa 4?
- Bayaran STR Fasa 4 khas untuk pemohon yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
- Bagaimanakah permohonan Bantuan STR?
- Permohonan Bantuan STR perlu dikemukakan di Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/ dan lengkapkan maklumat yang diperlukan dengan betul.
- Adakah golongan bujang juga layak terima Bantuan STR?
- Hanya golongan bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas serta berpendapatan bawah RM2,500 dan memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
- Adakah Bantuan STR dibayar sekaligus?
- Tidak, Bantuan STR dibayar secara ansur selama empat (4) fasa.
- Bolehkah Bantuan STR digunakan untuk bayaran bil?
- Bantuan STR yang disalurkan secara tunai boleh digunakan untuk apa sahaja transaksi bayaran bergantung kepada hak penerima.