BAGAIMANAKAH CARA GUNA SARA RM100 (PANDUAN LENGKAP)
Seramai 22 Juta rakyat dewasa Malaysia kini telah mula menerima bantuan SARA RM100 untuk digunakan bagi pembelian barangan keperluan asas di Kedai berdaftar.
Bagaimanakah cara guna sara? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK MYSARA 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SIAPA YANG LAYAK SARA?
Kelayakan penerima SARA ONE-OFF 2025 adalah seperti berikut:
- Semua Warganegara Malaysia;
- Berusia 18 tahun ke atas.
BILA BOLEH GUNA SARA?
Pelaksanaan Program SARA adalah seperti berikut:
NAMA PROGRAM | KADAR BAYARAN | TARIKH MULA TEBUS | TARIKH AKHIR/LUPUT |
---|---|---|---|
PENGHARGAAN SARA | RM100 ONE-OFF | 31 Ogos 2025 (Ahad) | 31 Disember 2025 (Rabu) |
Baki tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya dan SAH sehingga 31 Disember 2025.
BARANGAN YANG BOLEH DIBELI?
Bantuan RM100 ONE-OFF yang disalurkan ke dalam MyKad penerima boleg digunakan untuk membeli lebih 100,000 Barangan Keperluan daripada 14 kategori yang diluluskan di bawah Program SARA termasuk beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mee segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

BAGAIMANAKAH CARA GUNA SARA?
Langkah mudah untuk menggunakan kredit SARA melalui MyKad adalah seperti berikut:
LANGKAH | CARA GUNA MYKAD UNTUK TEBUS SARA |
---|---|
Langkah Pertama (1) | Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan. |
Langkah Kedua (2) | Pilih Barangan Keperluan Asas berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga. |
Langkah Ketiga (3) | Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA ONE-OFF. |
Langkah Keempat (4) | Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. |
Langkah Kelima (5) | Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad |
Langkah Keenam (6) | Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian. |
Nota: anda tidak perlu mengeluarkan wang tunai kerana bayaran ditolak terus daripada baki kredit SARA di dalam MyKad anda.
BAGAIMANAKAH CARA SEMAK LOKASI TEBUSAN SARA
Setakat ini, lebih 7,300 kedai dan pasar raya berdaftar di seluruh Malaysia menerima transaksi MyKad untuk pembelian barangan SARA seperti:
- Pasar raya tempatan (contoh: pasar mini);
- Pasar raya besar (contoh: Mydin, Giant, lain-lain);
- Kedai runcit komuniti (berhampiran kawasan perumahan);
Untuk melihat senarai penuh kedai yang terdaftar, anda boleh rujuk di https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
KELEBIHAN GUNA MYKAD
- Mudah dan Cepat : Penerima tidak perlu bawa wang tunai, dan transaksi pembayaran digunakan hanya dengan MyKad.
- Boleh Semak Baki : Setiap pembelian yang dilaksanakan akan direkodkan dan baki duit boleh disemak.
- Fokus Kepada Keperluan Asas : Bantuan ini dapat digunakan secara telus khusus untuk barangan yang diluluskan.
SOALAN LAZIM (FAQ) BAGAIMANAKAH CARA GUNA SARA
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan RM100 ONE OFF:
- Adakah saya perlu memohon untuk dapatkan SARA RM100?
- Tidak perlu. Bantuan akan dikreditkan SECARA AUTOMATIK kepada setiap warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas kedalam MyKad masing-masing tanpa sebarang permohonan.
- Bolehkan baki SARA dikeluarkan tunai?
- Tidak boleh. Bantuan hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas menggunakan MyKad.
- Di mana senarai kedai SARA berdaftar?
- Senarai kedai SARA berdaftar boleh disemak di Portal Rasmi SARA.
- Bagaimanakah cara semak baki kredit SARA?
- Anda boleh semak baki kredit melalui Portal Rasmi SARA / MyKasih atau resit pembelian di kedai selepas menggunakan mykad.
- Adakah baki kredit SARA yang tidak digunakan akan hilang?
- Tidak, baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya, SAH sehingga 31 Disember 2025. Selepas tarikh itu, baki akan luput secara automatik.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]