SEMAK MYSARA 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Individu yang menepati syarat kelayakan dan disahkan layak akan menerima pelbagai manfaat bantuan, khususnya dalam bentuk barangan keperluan asas bagi menyokong perbelanjaan bulanan.
Bagaimanakah check baki mykasih? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga : APA ITU EKASIH : DAFTAR / REGISTER / SEMAKAN STATUS (PANDUAN LENGKAP)

APA ITU MYSARA 2025?
MySARA 2025 ialah bantuan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dimana :
- Bantuan dikreditkan secara bulanan ke MyKad.
- Membolehkan penerima membeli barang penerima membeli barangan asas di kedai runcit berdaftar dengan hanya menggunakan MyKad.
SIAPA YANG LAYAK?
Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:
SARA MISKIN DAN MISKIN TEGAR EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
---|---|
Warganegara Malaysia | Warganegara Malaysia |
Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 | Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 |
Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih | Bukan Penerima eKasih |
Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang | Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan |
KAEDAH SEMAKAN
Terdapat beberapa kaedah untuk semak status kelayakan mysara iaitu:
- Portal Rasmi SARA; atau
- Aplikasi MyKasih
SEMAK MYSARA 2025
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama SARA untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
JUMLAH BAYARAN
Kadar bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:
- Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN BAYARAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM2,100 | RM100 (Januari – Mac) RM200 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 | RM100 (Januari – Mac) RM150 (April – Disember) |
Bujang | RM600 | RM50 (Januari – Disember) |
- Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN BAYARAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM900 | RM100 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM450 | RM50 (April – Disember) |
TARIKH BAYARAN
Penyaluran bantuan SARA kepada penerima yang layak seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN SARA BULANAN | TARIKH LUPUT/TAMAT PROGRAM |
---|---|---|
Lulus STR & Berstatus eKasih | Bermula 15 Januari sehingga Disember 2025 | 31 Disember 2025 |
Lulus STR Sahaja | Bermula 1 April sehingga Disember 2025 | 31 Disember 2025 |
Baki SARA boleh dibawa ke bulan-bulan seterusnya sehingga tarikh akhir penggunaan pada 31 Disember 2025.
SEMAK SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI DENGAN MYSARA 2025
Antara barangan asas yang boleh dibeli menggunakan MyKad MySARA ialah:
KATEGORI BARANG | CONTOH |
---|---|
Makanan Asas | Beras / Roti / Telur / Minyak Masak / Tepung /Biskut / Mee Segera |
Minuman | Susu / Milo / The / Nescafe |
Makanan dalam Tin | Sardin / Tuna / Kacang panggang |
Bahan perasa | Sos / Kicap / Gula / Garam |
Produk Kebersihan Diri | Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita |
Ubat-ubatan | Panadol / Ubat Batuk |
Barangan Persekolahan | Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah / Kasut Sekolah |
Produk Kebersihan Rumah | Sabun Pencuci Pinggan / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian |
SOALAN LAZIM (FAQ) MYSARA
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan MYSARA 2025:
- Adakah MySARA boleh dikeluarkan secara tunai?
- Tidak boleh. Ia hanya sah digunakan untuk pembelian barangan asas.
- Bagaimana jika nama saya tidak tersenarai dalam semakan MySARA?
- Anda mungkin tidak layak atau belum daftar STR. Semak semula di portal STR atau hubungi pihak berkaitan.
- Adakah baki MySARA boleh dibawa ke bulan depan?
- Ya, baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya dalam tempoh program sehingga 31 Disember 2025.
- Bagaimana cara semak kedai yang menerima MySARA?
- Senarai kedai berdaftar boleh disemak di portal rasmi SARA.
- Adakah senarai barang MySARA sama di semua kedai?
- Kategori barang asas yang diluluskan adalah sama, tetapi ketersediaan jenama barangan mungkin berbeza mengikut stok yang disediakan di kedai yang di kunjungi.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]