APAKAH SENARAI BARANGAN MYKASIH : CHECK LIST ITEM YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA 2025
Hampir 900 jenama barangan keperluan asas yang diluluskan boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan MyKasih di mana-mana kedai runcit dan pasar raya terpilih seluruh Malaysia (termasuk di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan).
Ketahui apakah senarai barangan MyKasih yang boleh dibeli dengan menggunakan MyKasih di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS MYSARA : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

APAKAH SENARAI BARANGAN MYKASIH
Kerajaan telah menyenaraikan sebanyak 14 kategori barangan keperluan yang boleh dibeli secara tanpa tunai (cashless) menggunakan Bantuan MyKasih. Berikut merupakan antara senarai barangan MyKasih :
KATEGORI BARANGAN MYKASIH | SENARAI JENAMA LULUS |
---|---|
Beras | Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya. |
Roti | Gardenia / Massimo / Mighty White dan sebagainya. |
Telur | Nutriplus / QL eggs / CP dan sebagainya. |
Minyak Masak | Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit dan sebagainya. |
Tepung | Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey dan sebagainya. |
Biskut | Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng dan sebagainya. |
Mi Segera | Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap dan sebagainya. |
Minuman | Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf dan sebagainya. |
Makanan Dalam Tin | Ayam Brand / Yoes / Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup dan sebagainya. |
Bahan Perasa | Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta dan sebagainya. |
Ubat-ubatan | Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam dan sebagainya. |
Produk Kebersihan Diri | Colgate / Dettol / Kotex / Dove dan sebagainya. |
Produk Kebersihan Rumah | Top / Daia / Sunlight / Softlan / Ajax dan sebagainya. |
Alatan Sekolah | Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler dan sebagainya. |
APAKAH KELAYAKAN PENERIMA BARANGAN MYKASIH?
Kelayakan penerima barangan MyKasih setiap bulan dan one-off adalah ditetapkan seperti berikut :
Syarat Kelayakan Penerima Barangan MyKasih Setiap Bulan :
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan bawah garis PGK semasa atau tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Merupakan penerima STR 2025 kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang;
- Tersenarai dalam rekod data eKasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar.
Syarat Kelayakan Penerima Barangan MyKasih One-Off :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Tidak mengira jumlah pendapatan penerima.
HAD BELI BARANGAN MYKASIH
Setiap penerima mempunyai had pembelian yang ditetapkan untuk beli barangan MyKasih pada setiap bulan dan one-off. Berikut merupakan had beli barangan MyKasih mengikut kategori penerima :
- Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAH | HAD BELI SETIAP BULAN | HAD BELI ONE-OFF |
---|---|---|
Isi Rumah B40 | RM100-RM200 | RM100 suami + RM100 isteri |
Isi Rumah M40 | RM100 | RM100 suami + RM100 isteri |
Semua Isi Rumah | – | RM100 suami + RM100 isteri |
- Kategori Warga Emas :
KELAYAKAN WARGA EMAS | HAD BELI SETIAP BULAN | HAD BELI ONE-OFF |
---|---|---|
Warga Emas B40 | RM100-RM150 | RM100 |
Warga Emas M40 | RM50 | RM100 |
Semua Warga Emas | – | RM100 |
- Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANG | HAD BELI SETIAP BULAN | HAD BELI ONE-OFF |
---|---|---|
Bujang B40 | RM50 | RM100 |
Bujang M40 | – | RM100 |
Semua Bujang | – | RM100 |
SENARAI KEDAI JUAL BARANGAN MYKASIH
Terdapat lebih 7,300 kedai runcit, pasar mini, pasar raya yang menerima bayaran barangan keperluan asas menggunakan Bantuan MyKasih. Antaranya ialah :
- Lotus (Tesco);
- WLS;
- 99Speedmart;
- Mydin;
- Pacific;
- TF Mart;
- The Store;
- Pantai Timur Mart;
- Giant;
- Econsave;
- Lulu Supermarket; dan rujuk lebih banyak kedai di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list.
CARA BELI BARANGAN MYKASIH
Ikuti langkah-langkah cara beli barangan MyKasih seperti berikut :
LANGKAH | CARA BELI BARANGAN MYKASIH |
---|---|
1. | Kunjungi kedai yang terpilih berhampiran anda |
2. | Pilih barang keperluan yang diperlukan |
3. | Pergi ke kaunter yang mempunyai sistem bayaran MyKasih |
4. | Berikan MyKad anda kepada juruwang untuk pengesahan penerima MyKasih |
5. | Juruwang akan imbas setiap barangan MyKasih |
6. | Bayaran akan disahkan guna MyKad anda |
7. | Resit bayaran akan diberikan untuk rujukan baki |
SOALAN LAZIM (FAQ) BARANGAN MYKASIH
Antara soalan-soalan lazim (faq) yang sering ditanya berkaitan Barangan MyKasih adalah seperti berikut :
- Bilakah boleh beli barangan MyKasih?
- Penerima B40 boleh beli barangan MyKasih setiap bulan bermula 15 Januari hingga 1 Disember 2025. Penerima M40 pula boleh beli setiap bulan bermula 1 April hingga 1 Disember 2025. Manakala penerima one-off boleh beli bermula 31 Ogos 2025.
- Adakah semua kedai runcit menerima pembelian MyKasih?
- Tidak. Hanya kedai runcit atau pasar raya yang berdaftar dengan sistem MyKasih sahaja yang menerima pembelian. Penerima perlu semak senarai kedai terpilih melalui portal rasmi MyKasih atau bertanya di kaunter.
- Bolehkah bantuan MyKasih digunakan untuk membeli rokok atau minuman beralkohol?
- Tidak boleh. Bantuan MyKasih hanya untuk barangan asas makanan dan keperluan dapur. Rokok, arak, makanan ringan mewah serta barangan bukan makanan tidak termasuk dalam senarai.
- Bolehkah susu formula bayi dibeli dengan MyKasih?
- Ya, susu formula bayi termasuk dalam kategori barangan asas yang dibenarkan. Namun, hanya jenama tertentu yang diluluskan oleh pihak MyKasih boleh dibeli.
- Adakah penerima boleh membeli barangan segar seperti ayam, ikan, sayur dan buah?
- Hanya barangan keperluan dapur yang kering sahaja boleh dibeli guna Bantuan MyKasih.
RUJUKAN
Informasi dalam artikel ini berkaitan Barangan MyKasih adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Oleh itu, sekiranya anda mempunyai sebarangan masalah atau pertanyaan lanjut berkaitan Barangan MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian MyKasih : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman MyKasih : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]