APA ITU BANTUAN SARA : SYARAT KELAYAKAN & SEMAKAN STATUS

APA ITU BANTUAN SARA : SYARAT KELAYAKAN & SEMAKAN STATUS

Sebuah inisiatif Bantuan SARA yang dilaksanakan sebagai bantuan untuk menampung kos sara hidup rakyat secara berterusan pada setiap bulan. Kerajaan yakin dengan adanya Bantuan SARA dapat membantu meringankan bebanan yang dihadapi terutamanya dalam memenuhi keperluan asas harian.

Ramai yang tertanya-tanya apa itu Bantuan SARA yang disalurkan setiap bulan dan sekaligus. DIi bawah berikut dihuraikan maksud Bantuan SARA.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN MYKASIH (RM100 & RM200)

APA ITU BANTUAN SARA

APA ITU BANTUAN SARA

Bantuan SARA atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah dilaksanakan sebagai bantuan tambahan kepada penerima STR bagi memenuhi keperluan asas pada setiap bulan dan kini kerajaan menambah peruntukan Bantuan SARA untuk disalurkan kepada semua rakyat dewasa Malaysia secara sekaligus.

SYARAT KELAYAKAN

Syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan SARA setiap bulan dan sekaligus adalah berbeza seperti berikut :

Berikut merupakan syarat kelayakan penerima Bantuan SARA setiap bulan :

  • Kelayakan Penerima Bantuan SARA Setiap Bulan :
    • Warganegara Malaysia;
    • Tiada had umur;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
    • Pendapatan Bawah RM5,000 sebulan;
    • Tersenarai sebagai penerima miskin eKasih.

Berikut pula merupakan syarat kelayakan penerima Bantuan SARA sekaligus :

  • Kelayakan Penerima Bantuan SARA Sekaligus :
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur 18 tahun dan ke atas;
    • Tiada had pendapatan.

SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA

Berikut merupakan panduan cara semak status penerima Bantuan SARA secara online :

  1. Layari laman web rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) : https://mykasih.com.my.
  2. Halaman utama akan dipaparkan.
  3. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  4. Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  5. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  6. Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan.
    • *Format tanpa sengkang (-) Kad Pengenalan (Contoh : 700230112345).
  7. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
  8. Status kelayakan anda akan dipaparkan.
  9. Selesai.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN SARA

Jumlah bayaran Bantuan SARA setiap bulan dan sekaligus adalah mengikut kategori penerima seperti berikut :

KATEGORI
PENERIMA
BAYARAN BANTUAN SARA
SETIAP BULAN
BAYARAN BANTUAN SARA
SEKALIGUS
Isi RumahRM100-RM200 (B40)
dan
RM100 (B40 & M40)
RM100 (suami)
dan
RM100 (isteri)
Warga EmasRM100-RM150 (B40)
dan
RM50 (B40 & M40)
RM100 setiap seorang
BujangRM50 (B40)RM100 setiap seorang

TARIKH TERIMA BANTUAN SARA

Setiap penerima akan terima Bantuan SARA pada tarikh-tarikh berikut :

JENIS PENERIMAANTARIKH BAYARAN
BANTUAN SARA
Setiap bulan15/01/2025 (Rabu)
01/02/2025 (Sabtu)
01/03/2025 (Sabtu)
01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)
Sekaligus31/08/2025 (Ahad)

SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN SARA

Berikut merupakan soalan-soalan lazim (faq) berkaitan Bantuan SARA :

  1. Boleh beli barang selain senarai yang ditetapkan?
    • Tidak, hanya barangan asas yang diluluskan sahaja.
  2. Bagaimana kalau MyKad rosak?
    • Penerima perlu membuat penggantian MyKad di JPN dan maklumkan kepada pihak Bantuan SARA.
  3. Adakah baki kredit Bantuan SARA boleh dibawa ke bulan seterusnya?
    • Ya. Kredit Bantuan SARA akan dibawa ke bulan seterusnya sehingga 31 Disember 2025.
  4. Bagaimana cara semak baki bantuan Bantuan SARA di MyKad?
    • Baki boleh disemak terus di mesin EDC (Electronic Data Capture) di kedai berdaftar atau melalui resit pembelian.
  5. Bolehkan penerima membeli barang menggunakan Bantuan SARA di negeri lain?
    • Ya, asalkan kedai tersebut tersenarai sebagai rakan niaga MyKasih yang sah, walaupun berada di negeri berbeza.
  6. Apa yang perlu dibuat jika transaksi MyKad gagal di kedai?
    • Penerima perlu semak status MyKad di portal MyKasih atau hubungi talian khidmat pelanggan MyKasih untuk pengesahan teknikal.
  7. Adakah semua kedai runcit di Malaysia terima Bantuan SARA?
    • Tidak. Hanya kedai, pasar raya dan pasar mini yang berdaftar dengan program MyKasih sahaja yang menerima penggunaan kredit bantuan ini.

RUJUKAN LANJUT

Maklumat di dalam artikel ini diperoleh daripada Portal Rasmi SARA MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, sila rujuk pihak Bantuan SARA seperti berikut :

Leave a Comment