JENIS BARANG MYKASIH : CARA SEMAK BARANGAN YANG BOLEH DIBELI

JENIS BARANG MYKASIH : CARA SEMAK BARANGAN YANG BOLEH DIBELI

Penambahbaikan pelaksanaan MyKasih membolehkan barangan keperluan asas diperluaskan kepada 14 kategori yang diluluskan membolehkan penerima menikmati pilihan barangan yang lebih pelbagai bagi memenuhi keperluan harian.

Apakah jenis barang mykasih yang boleh dibeli? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: CHECK BAKI MYKASIH : PANDUAN LENGKAP

JENIS BARANG MYKASIH

SIAPA YANG LAYAK?

Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:

SARA MISKIN DAN MISKIN TEGAR EKASIHSARA BUKAN EKASIH
Warganegara MalaysiaWarganegara Malaysia
Lulus dan Penerima
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
Lulus dan Penerima
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasihBukan Penerima Miskin Tegar / Miskin dalam rekod data eKasih
Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan BujangKategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan

JUMLAH BAYARAN

Kadar bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:

  • Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
BAYARAN SETAHUN
KADAR BAYARAN
SETIAP BULAN
Isi RumahRM2,100RM100 (Januari – Mac)
RM200 (April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM1,650RM100 (Januari – Mac)
RM150 (April – Disember)
BujangRM600RM50 (Januari – Disember)
  • Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
BAYARAN SETAHUN
KADAR BAYARAN
SETIAP BULAN
Isi RumahRM900RM100 (April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM450RM50 (April – Disember)

TARIKH BAYARAN

Penyaluran bantuan SARA kepada penerima yang layak adalah setiap bulan mengikut jumlah yang telah ditetapkan berdasarkan kategori masing-masing seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARANTARIKH LUPUT
Lulus STR & Berstatus eKasihBermula Januari sehingga Disember 2025 31 Disember 2025
Lulus STR Bukan eKasihBermula April sehingga Disember 2025 31 Disember 2025

Baki SARA boleh dibawa ke bulan-bulan seterusnya sehingga tarikh akhir penggunaan pada 31 Disember 2025.

CARA SEMAK

Senarai barang MyKasih yang boleh dibeli boleh di semak di Aplikasi MyKasih seperti berikut:

  1. Muat turun (Download) aplikasi MyKasih melalui pautan rasmi https://mykasih.com.my/mykasih-app/ atau di :
    • Google Play (Bagi pengguna Android);
    • App Store (Bagi pengguna iOS);
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi MyKasih dan daftar sebagai pengguna.
  3. Kemudian, tekan butang [Check Item]
  4. Seterusnya, anda boleh scan barkod atau lihat dari dalam senarai barangan yang disediakan.
  5. Sekiranya barang tersebut boleh dibeli menggunakan SARA, makluman akan dipaparkan.
  6. Selesai.

JENIS BARANG MYKASIH

Berikut merupakan 14 Kategori Barangan yang diluluskan di bawah Program SARA MYKASIH 2025 :

KATEGORI BARANG MYKASIHJENAMA BARANG YANG DILULUSKAN
BerasJasmine, Jati, Saga, Bernas, Faiza, Cap Rambutan, Cap Gajah, Cap Masjid
RotiGardenia, Massimo, Mighty White
TelurCP, NutriPlus, QL Eggs
Minyak MasakAlif, Knife, Saji, Daisy, Seri Murni, Buruh, Vesawit
TepungBlue Key, Cap Sauh, Faiza, MFM, Cap Ros
BiskutMunchy’s, Tiger, Chipsmore, Hwa Tai, Julie’s, KERK, Kraft Foods, Jacob’s, Hup Seng
Mi SegeraIndomie, Maggi, Mamee, Mi Sedaap, Cintan, Econsave
MinumanDutch Lady, MILO, BOH, Nescafé, F&N, Fernleaf, Marigold, Horlicks, Quaker, Vico
Makanan dalam tinTC Boy, Ayam Brand, Adabi, Yeo’s, Kimball, King Cup
Bahan PerasaPuteri, Kimball, Maggi, Tamin, Adabi, Faiza, Planta, Life, Jalen, Cukup Rasa, Babas, Mak Siti, CSR
Produk Kebersihan DiriColgate, Kotex, Dettol
Ubat-ubatan RinganProspan, Hurix’s, Strepsils, Sterimar, Panadol, Difflam
Barangan PersekolahanStabilo, Faber-Castell, Staedtler, Bata, Campap, Canggih
Barangan Kebersihan Rumah (TERKINI)Sabun/serbuk pencuci pakaian, sabun pinggan, pencuci lantai

DI MANA BOLEH BELI BARANG MYKASIH?

Penerima boleh berbelanja di lebih 7,300 kedai runcit berdaftar di seluruh Malaysia, termasuk beberapa kedai besar seperti:

  • Mydin;
  • Giant;
  • Econsave;
  • Lotus’s;
  • 99 Speedmart

Untuk melihat senarai penuh kedai yang terdaftar, anda boleh rujuk di SENARAI KEDAI TERPILIH https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list

CARA BELI BARANG MYKASIH

Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Kedai Runcit berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  6. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
  7. Selesai.

Nota penting : Kredit tidak boleh dikeluarkan sebagai tunai dan hanya boleh digunakan untuk beli barangan asas.

SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan MYKASIH 2025:

  1. Adakah semua barang runcit boleh dibeli dengan MyKasih?
    • Tidak. Hanya barangan asas terpilih yang diluluskan di bawah Program MyKasih sahaja.
  2. Bagaimana jka barangan yang saya mahu tidak mempunyai tanda MyKasih di rak barangan?
    • Ia bermaksud barang tersebut tidak termasuk dalam kategori barangan yang diluluskan. Untuk barangan tersebut, anda perlu beli secara tunai.
  3. Adakah barang MyKasih sama di semua kedai?
    • Kategori barangan yang diuluskan adalah sama untuk setiap kedai, tetapi pilihan jenama mungkin berbeza mengikut stok kedai.
  4. Apakah yang terjadi jika baki tidak habis bulan ini?
    • Baki akan dibawa ke bulan berikutnya sehingga tamat program (31 Disember 2025).
  5. Bagaimana jika barang asas habis stok di kedai MyKasih?
    • Anda boleh cuba kedai runcit berdaftar lain yang berhampiran kerana semua kedai berdaftar menerima MyKad.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment