PERMOHONAN MYKASIH PDF DOWNLOAD : CARA REGISTER & DAFTAR
Individu yang memenuhi syarat kelayakan dan berstatus lulus dalam Sistem MyKasih akan menerima pengkreditan bulanan secara automatik ke dalam MyKad untuk digunakan bagi pembelian barangan keperluan asas.
Bagaimanakah permohonan mykasih pdf download? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN BANTUAN RM100 IC 2025 : SEMAK STATUS ANDA
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN MYKASIH
Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
CARA PERMOHONAN MYKASIH
Bantuan MyKasih akan disalurkan secara automatik kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Namun, ada beberapa langkah perlu dilakukan oleh individu untuk mendapatkan bantuan ini seperti:
- Langkah Pertama : Daftar dalam sistem eKasih (Miskin/Miskin Tegar SAHAJA)
- Bagi Kategori Isi rumah berpendapatan bawah atau antara RM1,169 hingga RM2,208, perlu berdaftar dalam sistem e-Kasih untuk mendapatkan status Miskin dan Miskin Tegar.
- Langkah Kedua : Daftar Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
- Pastikan status anda Lulus dan merupakan penerima STR.
- Selesai : Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan secara automatik kepada individu berstatus Miskin atau Miskin Tegar dalam sistem e-Kasih, dan berstatus lulus STR.
PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN STR 2025 ONLINE
Cara permohonan STR 2025 seperti berikut:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan maklumat Permohonan.
- Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
- Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
- Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
- Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan lulus atau tidak permohonan, semakan status boleh dilakukan di Portal yang sama.
- Selesai.
PANDUAN LENGKAP REGISTER E-KASIH 2025 ONLINE
Pendaftaran golongan Miskin dan Miskin Tegar di Sistem eKasih adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
- Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih, akan dipaparkan.
- Sila baca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
- Seterusnya, anda hendaklah menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
- Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing seperti berikut:
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40419920
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7457103
- PPN Sarawak : 082-492957
- Setelah selesai pendaftaran dan untuk semakan lulus atau tidak pendaftaran, layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx - Selesai.
KADAR BAYARAN MYKASIH 2025
Kadar bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:
- Lulus STR & BERSTATUS eKasih
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN BAYARAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM2,100 | RM100 (Januari – Mac) RM200 (April – Disember) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 | RM100 (Januari – Mac) RM150 (April – Disember) |
| Bujang | RM600 | RM50 (Januari – Disember) |
- Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN BAYARAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM900 | RM100 (April – Disember) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM450 | RM50 (April – Disember) |
DOWNLOAD PDF SENARAI BARANG BANTUAN PERMOHONAN MYKASIH 2025
Bantuan MyKasih yang disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima boleh dibelanjakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar, bagi mendapatkan 14 Kategori Barangan Keperluan yang diluluskan di bawah Program SARA seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mee segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
Untuk mengetahui maklumat lanjut senarai dan jenama barangan yang diluluskan, anda boleh muat turun PDF di SENARAI BARANG MYKASIH 2025
DOWNLOAD PDF SENARAI KEDAI BERDAFTAR MYKASIH 2025
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan di lebih daripada 7,300 kedai runcit berdaftar termasuk beberapa kedai besar seperti:
- Mydin
- Giant
- Econsave
- The Store
Untuk melihat senarai penuh kedai yang terdaftar, anda boleh rujuk di SENARAI KEDAI TERPILIH
SOALAN LAZIM (FAQ) PERMOHONAN MYKASIH PDF DOWNLOAD
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan MyKasih 2025:
- Apa itu MyKasih?
- MyKasih adalah bantuan yang disalurkan secara cashless melalui MyKad untuk membantu golongan yang memerlukan membeli barangan keperluan asas.
- Adakah perlu memohon MyKasih?
- Tidak. Kelayakan MyKasih adalah secara automatik berdasarkan data dalam Sistem eKasih dan lulus STR 2025 bagi kategori Miskin Tegar dan Miskin, atau lulus STR 2025 bagi kategori bukan eKasih.
- Adakah MyKasih boleh dikeluarkan secara tunai?
- Tidak boleh. MyKasih hanya boleh digunakan khusus untuk pembelian barangan asas di premis runcit berdaftar dengan menggunakan IC/MYKAD.
- Apakah barangan yang boleh dibeli menggunakan kredit MyKasih?
- Anda boleh membeli barangan keperluan asas yang berlabel MyKasih di premis runcit yang berdaftar.
- Adakah barang yang berdaftar sahaja boleh menggunakan kredit MyKasih?
- Ya. Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima secara tunai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]