SEMAKAN BANTUAN BARANG MYKASIH : SEMAK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK
Pelaksanaan MyKasih membolehkan penerima yang layak untuk menikmati bantuan dalam bentuk barangan keperluan asas yang dapat menyokong perbelanjaan bulanan.
Bagaimanakah semakan kelayakan bantuan barang mykasih? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN (UKM & UM 2025)
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN BARANG MYKASIH 2025
Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam sistem eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
CARA PEMBERIAN BANTUAN BARANG MYKASIH 2025
Penerima akan menerima bantuan dalam bentuk barangan keperluan asas melalui pengkreditan secara tanpa tunai (cashless) ke dalam MyKad masing-masing. Barangan keperluan ini boleh diperoleh di premis runcit berdaftar dengan pembayaran menggunakan MyKad tersebut.
JUMLAH PENGKREDITAN BANTUAN BARANG MYKASIH 2025
Kadar bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:
- Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN BAYARAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM2,100 | RM100 (Januari – Mac) RM200 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 | RM100 (Januari – Mac) RM150 (April – Disember) |
Bujang | RM600 | RM50 (Januari – Disember) |
- Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN BAYARAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM900 | RM100 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM450 | RM50 (April – Disember) |
TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN MYKASIH 2025
Penyaluran bantuan SARA kepada penerima yang layak adalah setiap bulan mengikut jumlah yang telah ditetapkan berdasarkan kategori masing-masing seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH MULA BAYARAN | TARIKH AKHIR BAYARAN | TARIKH LUPUT |
---|---|---|---|
Lulus STR & Berstatus eKasih | Januari 2025 | 1 Disember 2025 | 31 Disember 2025 |
Lulus STR Sahaja | 1 April 2025 | 1 Disember 2025 | 31 Disember 2025 |
Baki amaun kredit MYKASIH dalam MyKad penerima yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya, dan SAH sehingga 31 Disember 2025. Sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program akan luput secara automatik.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN BARANG MYKASIH 2025
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
Semak di Portal SARA :
- Layari Portal Rasmi SARA : https://sara.gov.my/
- Halaman utama SARA akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Kemudian, tekan butang [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
Semak di Portal MySTR :
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
KATEGORI BARANG MYKASIH YANG DILULUSKAN
Berikut merupakan 14 Kategori Barangan yang diluluskan di bawah Program SARA 2025:
KATEGORI BARANG DILULUSKAN | JENAMA |
---|---|
Beras | Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya |
Roti | Gardenia / Massimo / Mighty White |
Telur | Nutriplus / QL eggs / CP |
Minyak Masak | Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit |
Tepung | Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey |
Biskut | Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng |
Mee segera | Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap |
Minuman | Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf |
Makanan dalam tin | Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup |
Bahan perasa | Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta |
Produk Kebersihan | Colgate / Kotex / Detol |
Ubat-ubatan | Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar |
Barangan Sekolah | Stabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih |
Produk Kebersihan Rumah | Sabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan |
Untuk mengetahui maklumat lanjut senarai dan jenama barangan yang diluluskan, anda boleh rujuk di SENARAI BARANG MYKASIH 2025
SENARAI KEDAI BERDAFTAR BARANG MYKASIH 2025
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan di lebih daripada 7,300 kedai runcit berdaftar termasuk beberapa kedai besar seperti:
- Mydin
- Giant
- Econsave
- The Store
Untuk melihat senarai penuh kedai yang terdaftar, anda boleh rujuk di SENARAI KEDAI TERPILIH
CARA TEBUS BANTUAN BARANG MYKASIH 2025
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan MyKasih 2025:
- Apa itu MyKasih?
- MyKasih adalah bantuan yang disalurkan secara cashless melalui MyKad untuk membantu golongan yang memerlukan membeli barangan keperluan asas.
- Adakah perlu memohon MyKasih?
- Tidak. Kelayakan MyKasih adalah secara automatik berdasarkan data dalam Sistem eKasih dan lulus STR 2025 bagi kategori Miskin Tegar dan Miskin, atau lulus STR 2025 bagi kategori bukan eKasih.
- Adakah MyKasih boleh dikeluarkan secara tunai?
- Tidak boleh. MyKasih hanya boleh digunakan khusus untuk pembelian barangan asas di premis runcit berdaftar dengan menggunakan IC/MYKAD.
- Apakah barangan yang boleh dibeli menggunakan kredit MyKasih?
- Anda boleh membeli barangan keperluan asas yang berlabel MyKasih di premis runcit yang berdaftar.
- Adakah barang yang berdaftar sahaja boleh menggunakan kredit MyKasih?
- Ya. Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima secara tunai.