CHECK SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 : SEMAK STATUS SEKARANG

CHECK SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 : SEMAK STATUS SEKARANG

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah telah diperkenalkan sejak tahun 2023 oleh Kerajaan MADANI yang pada mulanya menyasarkan kepada 0.2 juta penerima sahaja. Pada tahun 2025, Kerajaan MADANI meluaskan pemberian kepada 5.4 juta penerima baharu yang layak.

Bagaimanakah cara check status Sumbangan Asas Rahmah? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BAKI MYKASIH : CARA SEMAK DUIT DALAM MYKAD ANDA

APA ITU SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan sebuah bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah bagi membantu memenuhi keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, ubat-ubatan, alatan persekolahan dan sebagainya.

Namun, Sumbangan Asas Rahmah disalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui Kad Pengenalan penerima pada setiap bulan yang membolehkan penerima membuat pembelian barang keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) sahaja.

CHECK SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Status kelayakan sebagai penerima Sumbangan Asas Rahmah boleh disemak secara online melalui laman web rasmi yang disediakan oleh Kerajaan MADANI.

Berikut merupakan panduan cara check status Sumbangan Asas Rahmah untuk mengetahui sama ada ‘Layak’ atau ‘Tidak Layak’ :

  1. Layari laman web rasmi Sumbangan Asas Rahmah (MyKasih).
  2. Halaman utama akan dipaparkan.
  3. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  4. Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  5. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  6. Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan.
    • *Format tanpa sengkang (-) Kad Pengenalan (Contoh : 700230112345).
  7. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
  8. Status kelayakan anda akan dipaparkan.
  9. Selesai.

*Status kelayakan yang dipaparkan adalah mengikut Program Sumbangan Asas Rahmah yang anda layak ‘SARA Bulanan & SARA One-Off’ atau ‘SARA One-Off Sahaja’.

JUMLAH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah adalah bergantung kepada kategori dan kelayakan penerima. Berikut merupakan jumlah Sumbangan Asas Rahmah yang dibayar sepanjang tahun 2025 :

KATEGORI KELAYAKAN
PENERIMA
MISKIN & MISKIN TEGARASAS BUKAN MISKIN
ISI RUMAHRM100 (Jan – Mac)
RM200 (Apr – Dis)
RM100 (Apr – Dis)
WARGA EMASRM100 (Jan – Mac)
RM150 (Apr – Dis)
RM50 (Apr – Dis)
BUJANGRM50 (Jan – Dis)

TARIKH BAYARAN SUMBANGAN ASAS 2025

Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah dilaksanakan secara berperingkat setiap bulan bermula Januari hingga Disember. Berikut merupakan tarikh bayaran Sumbangan Asas Rahmah sepanjang tahun 2025 :

TARIKH BAYARAN
(MISKIN & MISKIN TEGAR)
TARIKH BAYARAN
(ASAS BUKAN MISKIN)
15 Januari 2025
1 Februari 2025
1 Mac 2025
1 April 20251 April 2025
1 Mei 20251 Mei 2025
1 Jun 20251 Jun 2025
1 Julai 20251 Julai 2025
1 Ogos 20251 Ogos 2025
1 September 20251 September 2025
1 Oktober 20251 Oktober 2025
1 November 20251 November 2025
1 Disember 20251 Disember 2025

SOALAN LAZIM (FAQ) SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Berikut merupakan soalan-soalan lazim (faq) berkaitan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah :

  1. Adakah semua rakyat terima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah setiap bulan?
    • Bantuan Sumbangan Asas Rahmah setiap bulan bagi tahun 2025 diberikan kepada 5.4 juta penerima yang layak sahaja.
  2. Bagaimanakah cara mohon Bantuan Sumbangan Asas Rahmah setiap bulan?
    • Tiada permohonan diperlukan kerana ianya berikan secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah yang layak serta tersenarai dalam data eKasih.
  3. Bilakah boleh tebus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah?
    • Penerima yang layak boleh tebus barang keperluan asas dengan menggunakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah mengikut tarikh pengkreditan.
  4. Bolehkah tebus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah di kedai runcit berdekatan rumah?
    • Ya boleh sekiranya kedai runcit tersebut berdaftar dengan MyKasih dan mempunyai sistem bayaran tanpa tunai (cashless) menggunakan MyKad.
  5. Apakah barang yang boleh beli guna Bantuan Sumbangan Asas Rahmah?
    • Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini berkaitan Sumbangan Asas Rahmah adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Oleh itu, untuk sebarang masalah atau pertanyaan lanjut berkaitan Sumbangan Asas Rahmah, sila rujuk di bawah :

Leave a Comment