SEMAKAN BAKI MYKASIH 2025 : CARA SEMAK DUIT DALAM MYKAD ANDA

SEMAKAN BAKI MYKASIH 2025 : CARA SEMAK DUIT DALAM MYKAD ANDA

Duit Bantuan MyKasih dimasukkan secara automatik ke dalam MyKad / Kad Pengenalan Warganegara Malaysia yang layak dan sebahagian penerima telah menggunakannya untuk beli barang keperluan. Namun, sebahagian lagi penerima belum pernah menggunakannya. Oleh itu, baki yang ada dalam MyKad setiap penerima tidak sama.

Baki Bantuan MyKasih yang ada dalam MyKad anda boleh disemak secara online. Berikut dikongsikan cara semak duit baki yang ada dalam MyKad.

BACA JUGA : BANTUAN MAIK KELANTAN : SEMAKAN

KADAR BANTUAN MYKASIH 2025

Bayaran Setiap Bulan :

Berikut merupakan kadar bayaran Bantuan MyKasih setiap bulan ke dalam MyKad 5.4 juta penerima sedia ada berstatus miskin, miskin tegar dan asas bukan miskin :

PENERIMA SEDIA ADA
STATUS
MISKIN & MISKIN TEGAR
PENERIMA SEDIA ADA
STATUS
ASAS BUKAN MISKIN
Isi Rumah :
RM200 setiap bulan
Isi Rumah :
RM100 setiap bulan
Warga Emas :
RM150 setiap bulan
Warga Emas :
RM50 setiap bulan
Bujang :
RM50 setiap bulan
Bujang :
Bayaran Sekaligus :

Berikut pula kadar bayaran Bantuan MyKasih sekaligus (one-off) ke dalam MyKad 22 juta rakyat dewasa Malaysia (termasuk 5.4 juta penerima sedia ada) :

PENERIMA SEDIA ADA
(MISKIN & BUKAN MISKIN)
PENERIMA BAHARU
(SEMUA RAKYAT DEWASA)
Isi Rumah :
RM100 suami + RM100 isteri
Isi Rumah :
RM100 suami + RM100 isteri
Warga Emas :
RM100 sekaligus
Warga Emas :
RM100 sekaligus
Bujang :
RM100 sekaligus
Bujang :
RM100 sekaligus

TEMPOH SAH GUNA BAKI MYKASIH 2025

Bantuan MyKasih mempunyai tempoh sah guna yang telah ditetapkan kepada setiap penerima. Berikut merupakan tempoh sah guna baki Bantuan MyKasih yang ada dalam MyKad :

JENIS BAYARANTEMPOH SAH GUNA MYKASIHTARIKH AKHIR
Setiap Bulan12 bulan
(Penerima Miskin & Miskin Tegar)
/
9 bulan
(Penerima Asas Bukan Miskin)
31 Disember 2025
Sekaligus4 bulan
(Semua Penerima)
31 Disember 2025

SEMAKAN BAKI MYKASIH 2025

Oleh kerana Bantuan MyKasih dikreditkan dalam MyKad penerima, baki yang ada dalam MyKad hanya boleh diketahui melalui semakan secara online sahaja.

Ikuti panduan semakan baki MyKasih melalui aplikasi rasmi berikut :

  1. Buka aplikasi App Store / Google Play di dalam telefon bimbit anda.
  2. Muat turun aplikasi ‘MyKasih‘ dalam telefon bimbit anda.
  3. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  4. Anda akan dipaparkan dua (2) pilihan, iaitu [Penghargaan SARA One-Off] dan [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
  5. Pilih [Penghargaan SARA One-Off] atau [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
  6. Anda akan dipaparkan ‘Welcome to the MyKasih App’.
  7. Tandakan pada ‘I have read and agreed’ di bawah.
  8. Kemudian, klik butang [CONTINUE].
  9. Klik pada butang [Check Eligibility & Balance] untuk mengetahui status duit dalam IC.
  10. Anda akan dibawa ke halaman ‘Semakan Status’.
  11. Masukkan nombor IC pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
  12. Tandakan pada butang [Verify you are human] dan klik [Semakan Status].
  13. Baki Bantuan SARA MyKasih Dalam MyKad akan dipaparkan.
  14. Selesai.

JADUAL BAYARAN MYKASIH 2025

Pembayaran Bantuan MyKasih ke dalam MyKad penerima adalah pada tarikh yang telah dijadualkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) kepada penerima setiap bulan dan sekaligus.

Tarikh Bayaran Setiap Bulan :

Bayaran Bantuan MyKasih dimasukkan dalam MyKad 5.4 juta penerima sedia ada mengikut tarikh berikut :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BAYARAN MYKASIH
Miskin dan Miskin Tegar15 Januari 2025
1 Februari 2025
1 Mac 2025
1 April 2025
1 Mei 2025
1 Jun 2025
1 Julai 2025
1 Ogos 2025
1 September 2025
1 Oktober 2025
1 November 2025
1 Disember 2025
Asas Bukan Miskin1 April 2025
1 Mei 2025
1 Jun 2025
1 Julai 2025
1 Ogos 2025
1 September 2025
1 Oktober 2025
1 November 2025
1 Disember 2025
Tarikh Bayaran Sekaligus :

Bayaran Bantuan MyKasih dimasukkan ke dalam 22 juta rakyat Malaysia pula pada tarikh berikut :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BAYARAN MYKASIH
Penerima Sedia Ada31 Ogos 2025
Penerima Baharu31 Ogos 2025

SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH

Soalan-soalan lazim (faq) yang sering ditanya oleh penerima berkaitan baki Bantuan MyKasih adalah seperti berikut :

  1. Adakah baki MyKasih yang tidak digunakan pada bulan Ogos akan dibawa ke bulan September?
    • Ya, baki yang belum habis atau tidak digunakan pada bulan sebelum ini akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan sebelum 31 Disember 2025.
  2. Bolehkah baki MyKasih dikeluarkan secara tunai daripada MyKad?
    • Tidak boleh. Ianya hanya boleh digunakan untuk bayaran tanpa tunai sahaja.
  3. Adakah baki MyKasih dalam MyKad boleh digunakan untuk bayar pengangkutan awam atau tol?
    • Tidak boleh. Penerima hanya boleh membeli barang keperluan asas yang telah diluluskan sahaja.
  4. Bolehkah baki MyKasih dalam MyKad suami dipindahkan ke dalam MyKad isteri?
    • Sebarang pindahan Bantuan MyKasih dari MyKad penerime ke MyKad individu lain adalah tidak boleh.
  5. Apakah akan terjadi sekiranya baki MyKasih yang tidak digunakan sehingga 31 Disember 2025?
    • Kerajaan akan menarik baki tersebut dalam MyKad penerima dan akan menggunakannya bagi program perlindungan sosial lain pada tahun berikutnya.

RUJUKAN

Semua maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Oleh itu, sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Baki Bantuan MyKasih, sila rujuk pihak MyKasih melalui :

Leave a Comment