CEK DUIT DALAM IC : CARA CHECK BANTUAN DALAM MYKAD

CEK DUIT DALAM IC : CARA CHECK BANTUAN DALAM MYKAD

Baki amaun kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad penerima yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya, boleh digunakan sepanjang tahun dan SAH sehingga akhir tahun 2025.

Bagaimanakah cara cek duit bantuan dalam IC? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: EKASIH SEMAK STATUS 2025 : SEMAK KELAYAKAN ANDA SEKARANG

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA DUIT DALAM IC

Kelayakan penerima SARA 2025, untuk setiap bulan adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMA
BERSTATUS EKASIH
KATEGORI PENERIMA
BUKAN EKASIH
Warganegara MalaysiaWarganegara Malaysia
Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR)Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa PasanganKategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang

KEGUNAAN DUIT DALAM IC

Bantuan akan dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima, boleh dibelanjakan di lebih 7,300 premis berdaftar diseluruh Malaysia, bagi mendapatkan Barangan Keperluan yang diluluskan di bawah Program SARA seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mee segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

AMAUN DUIT DISALURKAN DALAM IC

Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan dalam MyKad bermula April – Disember 2025 seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAPENERIMA BERSTATUS EKASIHPENERIMA BUKAN EKASIH
Isi RumahRM200/bulanRM100/bulan
Warga Emas Tiada PasanganRM150/bulanRM50/bulan
BujangRM50/bulan

CARA SEMAK DUIT DALAM IC

Baki duit dalam IC Penerima boleh disemak dengan mudah secara online seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi SARA : https://sara.gov.my/
  2. Halaman utama SARA akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  6. Kemudian, tekan butang [Semakan Status].
  7. Maklumat [Baki Bayaran] akan dipaparkan.
  8. Selesai.

CARA GUNA DUIT DALAM IC

Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  6. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
  7. Selesai.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN DALAM IC

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan DUIT BANTUAN DALAM IC:

  1. Kenapa SARA disalurkan melalui IC?
    • Kredit SARA boleh digunakan KHUSUS untuk membeli barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) menggunakan IC di pasar raya / kedai runcit terpilih.
  2. Adakah SARA boleh dikeluarkan secara tunai?
    • Tidak boleh. SARA hanya boleh digunakan khusus untuk pembelian barangan asas di premis runcit berdaftar dengan menggunakan IC.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment