SEMAK KELAYAKAN EKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS PENERIMA SEKARANG

SEMAK KELAYAKAN EKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS PENERIMA SEKARANG

Penambahbaikan bantuan membolehkan seramai 700,000 penerima dalam kalangan miskin dan miskin tegar eKasih layak menerima bantuan bulanan di bawah Program SARA dengan kadar bayaran yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Bagaimanakah semak kelayakan sara ekasih? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAK STATUS MYKASIH 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SARA EKASIH 2025

Kelayakan penerima SARA eKasih 2025 adalah seperti berikut:

BILSYARAT DAN KATEGORI KELAYAKAN
1.Warganegara Malaysia
2.Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
3.Berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih
4.Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang

AMAUN KELAYAKAN BULANAN SARA EKASIH 2025

Jumlah bulanan SARA EKASIH yang disalurkan dalam MyKad penerima untuk berbelanja Barangan Keperluan Asas di premis runcit berdaftar adalah seperti berikut:

PENERIMA
BERSTATUS EKASIH
AMAUN BULANAN (RM)
Isi RumahRM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
BujangRM50/bulan (bermula Januari – Disember)

SEMAK STATUS KELAYAKAN SARA EKASIH 2025

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online seperti berikut:

  • Portal Rasmi SARA; dan
  • Aplikasi MyKasih

Semakan di Portal Rasmi SARA :

  1. Layari Portal Rasmi SARA : https://sara.gov.my/
  2. Halaman utama SARA akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  6. Kemudian, tekan butang [Semakan Status].
  7. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  8. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  9. Selesai.

Semakan di Aplikasi MyKasih :

  1. Muat turun (Dowload) aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
    • Google Play (Bagi pengguna Android);
    • App Store (Bagi pengguna iOS);
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Status Kelayakan dan Maklumat Pembayaran SARA akan dipaparkan.
  8. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA EKASIH 2025

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA EKASIH 2025:

  1. Adakah perlu memohon SARA eKASIH?
    • Tidak. Kelayakan SARA 2025 adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin dalam Sistem eKasih dan lulus STR 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
  2. Bagaimanakah kaedah pelaksanaan SARA eKASIH?
    • Bantuan akan disalurkan ke dalam MyKad khusus digunakan untuk membeli narangan runcit asas yang diluluskan di kedai runcit terpilih seluruh Malaysia menggunakan MyKad.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment