PENGHARGAAN SARA SEMAK – ADAKAH ANDA BERKELAYAKAN – CEK SEGERA
Penglibatan peruntukan untuk Program Bantuan Penghargaan SARA adalah sebanyak RM2 billion disalurkan kepada 22 juta rakyat dewasa Malaysia sebagai tanda Kerajaan MADANI menghargai rakyat Malaysia.
Bagaimanakah semak kelayakan Penghargaan SARA? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SARA SYSTEM DOWN – CARA BAYAR & SEMAK STATUS – MUDAH & CEPAT
JUMLAH BAYARAN PENGHARGAAN SARA
Jumlah bayaran Bantuan Penghargaan SARA adalah mengikut kategori penerima berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN PENGHARGAAN SARA |
---|---|
Bujang | RM100 setiap seorang |
Isi Rumah | RM100 suami & RM100 isteri |
Warga Emas | RM100 setiap seorang |
TARIKH BAYARAN PENGHARGAAN SARA
Tempoh bayaran Bantuan Penghargaan SARA adalah mengikut tarikh berikut :
TARIKH MULA BAYARAN PENGHARGAAN SARA | TARIKH AKHIR GUNA PENGHARGAAN SARA |
---|---|
31 Ogos 2025, Ahad | 31 Disember 2025, Rabu |
CARA BAYARAN PENGHARGAAN SARA
Pembayaran Bantuan Penghargaan SARA adalah mengikut cara berikut :
NAMA PROGRAM | CARA BAYARAN KEPADA PENERIMA |
---|---|
Penghargaan SARA | Dibayar secara tanp tunai (cashless) melalui Kad Pengenalan (MyKad) penerima sekali bayar (one-off) |
SYARAT LAYAK PENGHARGAAN SARA
Bantuan Penghargaan SARA diberikan kepada yang menepati syarat berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
PENGHARGAAN SARA SEMAK
Ikuti cara semak status penerima Bantuan Penghargaan SARA seperti berikut :
- Sila layari Laman Portal Rasmi SARA di pautan ini : https://www.sara.gov.my/.
- Halaman utama ‘Penghargaan SARA ‘ akan dipaparkan.
- Sila klik pada butang [Semak Kelayakan] untuk semakan status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah RM100One-off.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
- Contoh : 700230112345.
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.
- Selesai.
Berikut merukan contoh status penerima yang ‘Layak’ Penghargaan SARA :
Nama Program | Penghargaan SARA |
Status | Layak |
Tarikh Program Bermula | 31/08/2025 |
Tarikh Program Berakhir | 31/12/2025 |
Baki (RM) | 100.00 |
SOALAN LAZIM (FAQ) PENGHARGAAN SARA
Berikut merupakan soalan-soalan lazim berkaitan Bantuan Penghargaan SARA :
- Bolehkah Bantuan Penghargaan SARA digunakan untuk bayar tol atau pengangkutan awam?
- Tidak boleh. Ianya hanya boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas.
- Apakah barang keperluan asas yang boleh dibeli guna Bantuan Penghargaan SARA?
- Antara barang keperluan asas yang boleh dibeli adalah beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
- Bolehkah buat pengeluaran tunai Bantuan Penghargaan SARA?
- Tidak boleh. Ianya perlu digunakan untuk pembelian secara tanpa tunai.
- Adakah perlu memohon Bantuan Penghargaan SARA?
- Bantuan Penghargaan SARA akan dikreditkan dalam MyKad penerima yang layak secara automatik tanpa perlu kemukakan sebarang permohonan.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan Penghargaan SARA, sila rujuk pihak berwajib di :
Talian Bantuan SARA MOF : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).