BANTUAN IC RM100 SARA – SEMAK KELAYAKAN ANDA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN IC RM100 SARA – SEMAK KELAYAKAN ANDA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Fungsi Kad Pengenalan (IC) selain daripada dapat digunakan untuk bayaran tol atau pengangkutan awam, ianya digunakan oleh kerajaan untuk menyalurkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 setiap seorang dan boleh digunakan untuk beli barang keperluan asas.

Bagaimanakah semak kelayakan Bantuan IC RM100 SARA? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SISTEM MYKASIH TERGENDALA – ADAKAH ANDA LAYAK – SEMAK SEKARANG

TARIKH KREDIT BANTUAN IC RM100 SARA

Kerajaan telah mengkreditkan Bantuan SARA ke dalam IC setiap penerima mengikut tarikh seperti jadual berikut :

TARIKH MULA KREDIT SARA
RM100 DALAM IC
TARIKH AKHIR GUNA SARA
RM100 DALAM IC
31 Ogos 2025, Ahad31 Disember 2025, Rabu

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN IC RM100 SARA

Hanya individu yang menepati kriteria kelayakan di bawah akan menerima bayaran Bantuan SARA Dalam IC :

  • Pemegang IC Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Status bujang / berkahwin.

CARA GUNA BANTUAN IC RM100 SARA

Sekiranya anda terpilih sebagai penerima Bantuan SARA Dalam IC, anda boleh menggunakannya mengiktu panduan berikut :

BIL.CARA-CARA GUNA BANTUAN SARA DALAM IC
1.Kunjungi kedai runcit atau pasar raya yang menerima
penggunaan Bantuan SARA
2.Pilih barang keperluan asas yang ingin dibeli
berdasarkan label ‘SARA’ pada rak tanda harga
3.Pergi ke kaunter yang menerima bayaran Bantuan SARA
4.Berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima
Bantuan SARA
5.Juruwang akan imbas setiap barang keperluan yang dipilih
6.Bayaran akan disahkan dengan menggunakan IC
7.Resit bayaran akan diberikan untuk rujukan baki dalam IC

SEMAK KELAYAKAN BANTUAN IC RM100 SARA

Untuk mengetahui sama ada anda layak atau tidak terima Bantuan SARA Dalam IC, ikuti cara semakan berikut :

  1. Sila layari Laman Portal Rasmi SARA di pautan ini : https://www.sara.gov.my/.
  2. Halaman utama ‘Penghargaan SARA ‘ akan dipaparkan.
  3. Sila klik pada butang [Semak Kelayakan] untuk semakan status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah RM100 One-off.
  4. Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  5. Masukkan Nombor IC pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
    • Contoh : 700230112345.
  6. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
  7. Status kelayakan anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

*Berikut merupakan contoh paparan status penerima yang layak :

Nama ProgramPenghargaan SARA
StatusLayak
Tarikh Program Bermula31/08/2025
Tarikh Program Berakhir31/12/2025
Baki (RM)100.00

SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN SARA

Berikut merupakan soalan-soalan lazim (faq) berkaitan Bantuan SARA RM100 :

  1. Bagaimanakah cara mohon Bantuan SARA RM100 One-off?
    • Bantuan SARA RM100 One-off akan diberikan secara automatik kepada yang layak tanpa perlu kemukakan sebarang permohonan.
  2. Bolehkah Bantuan SARA yang ada dalam IC dikeluarkan secara tunai?
    • Tidak boleh. Penerima hanya boleh membuat pembelian secara tanpa tunai dengan menggunakan IC sahaja.
  3. Dimanakah boleh beli barang keperluan dengan Bantuan SARA Dalam IC?
  4. Apakah perlu dilakukan sekiranya pembelian melebihi Bantuan SARA RM100?
    • Sekiranya pembelian melebihi RM100, penerima perlu membayarnya secara tunai sendiri.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).

Leave a Comment