SISTEM MYKASIH TERGENDALA – ADAKAH ANDA LAYAK – SEMAK SEKARANG

SISTEM MYKASIH TERGENDALA – ADAKAH ANDA LAYAK – SEMAK SEKARANG

Walaupun bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah Program MyKasih dimasukkan dalam MyKad secara sekaligus (One-Off), namun penerima boleh membuat pembelian pada bila-bila masa sahaja sehingga 31 Disember 2025 bagi mengelakkan sistem MyKasih tergendala.

Bagaimanakah semakan sistem MyKasih tergendala? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : CARA BAYAR GUNA SARA : PANDUAN LENGKAP BELI BARANG MYKASIH GUNA IC MUDAH DAN CEPAT

SISTEM MYKASIH TERGENDALA

Sekali lagi sistem MyKasih tergendala bagi pembayaran barang keperluan asas dengan menggunakan Kad Pengenalan (MyKad) di kesemua premis runcit serta pasar raya seluruh Malaysia kerana terlalu ramai yang menggunakannya pada waktu yang sama.

Segala kesulitan amatlah dikesali. Namun, sistem MyKasih akan kembali beroperasi di setiap kedai runcit serta pasar raya di seluruh Malaysia dalam waktu terdekat dan penerima boleh membuat pembelian dari semasa ke semasa.

SENARAI BARANG KEPERLUAN MYKASIH

Berikut merupakan senarai barangan keperluan yang diluluskan bawah Program MyKasih :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman.
  • Makanan dalam tin.
  • Bahan perasa.
  • Produk kebersihan.
  • Ubat-ubatan.
  • Barangan persekolahan.

*Nota : Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.

CARA BAYAR BARANG KEPERLUAN GUNA SISTEM MYKASIH

Berikut merupakan cara untuk membayar barang keperluan asas dengan menggunakan sistem MyKasih :

  1. Kunjungi kedai runcit atau pasaraya yang mempunyai sistem MyKasih.
  2. Pilih barangan keperluan asas berdasarkan label ‘MyKasih’ di rak tanda harga.
  3. Pilih kaunter bayaran yang mempunyai sistem MyKasih.
  4. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima MyKasih.
  5. Juruwang akan imbas setiap barang keperluan yang dipilih.
  6. Bayaran akan disahkan dengan menggunakan MyKad.
  7. Resit bayaran akan diberikan untuk rujukan lanjut.

SEMAKAN STATUS BAYARAN MYKASIH

Bagi yang belum mengetahui status layak atau tidak terima bayaran MyKasih, sila rujuk panduan semakan status berikut :

  1. Buka aplikasi App Store / Google Play di dalam telefon bimbit anda.
  2. Muat turun aplikasi ‘MyKasih‘ dalam telefon bimbit anda.
  3. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  4. Anda akan dipaparkan dua (2) pilihan, iaitu :
    • [Penghargaan SARA One-Off]; dan
    • [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
  5. Pilih [Penghargaan SARA One-Off] atau [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
  6. Anda akan dipaparkan ‘Welcome to the MyKasih App’.
  7. Tandakan pada ‘I have read and agreed’ di bawah.
  8. Kemudian, klik butang [CONTINUE].
  9. Klik pada butang [Check Eligibility & Balance] untuk mengetahui status duit dalam IC.
  10. Anda akan dibawa ke halaman ‘Semakan Status’.
  11. Masukkan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
  12. Tandakan pada butang [Verify you are human] dan klik [Semakan Status].
  13. Status bayaran MyKasih Dalam MyKad akan dipaparkan.
  14. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH

Berikut merupakan soalan lazim berkaitan Bantuan MyKasih?

  1. Adakah sistem MyKasih mengambil masa yang lama untuk kembali beroperasi?
    • Lazimnya ia tidak mengambil masa yang lama dan akan dibaikpulih dalam masa terdekat.
  2. Sehingga bilakah Bantuan MyKasih boleh digunakan?
    • Sehingga 31 Disember 2025.
  3. Adakah baki kredit Bantuan MyKasih yang ada dalam MyKad akan dibawa ke bulan seterusnya?
    • Ya, baki kredit Bantuan MyKasih yang ada dalam MyKad akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja.
  4. Bolehkah Bantuan MyKasih digunakan pada bulan September, Oktober atau November?
    • Ya boleh digunakan sebelum pada 31 Disember 2025.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah, sila ajukan kepada pihak berwajib di talian berikut :

Leave a Comment