CEK KELAYAKAN SARA 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

CEK KELAYAKAN SARA 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

RM2 billion tambahan peruntukan oleh Kerajaan MADANI untuk disalurkan kepada 22 juta rakyat Malaysia melalui inisiatif Program Penghargaan SARA atau diperkenalkan sebagai Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) One-Off.

Bagaimanakah cek status kelayakan SARA? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SARA RAHMAH SEMAKAN 2025 : SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

JUMLAH BAYARAN SARA 2025

Masing-masing penerima menerima bayaran Bantuan SARA One-Off sebanyak jumlah berikut :

  • Isi Rumah : RM100 (suami) dan RM100 (isteri).
  • Bujang : RM100 (setiap seorang).
  • Warga Emas : RM100 (setiap seorang).

TARIKH BAYARAN SARA 2025

Kerajaan MADANI telah membayar Bantuan SARA One-Off kepada semua 22 juta penerima pada tarikh berikut :

  • 31 Ogos 2025 (Ahad) Sempena Hari Kebangsaan Ke-68.

SYARAT KELAYAKAN SARA 2025

Bantuan SARA One-Off adalah terbuka kepada semua rakyat dewasa tanpa mengira jumlah pendapatan dan memenuhi syarat berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas.

CEK KELAYAKAN SARA 2025

Ikuti cara cek status kelayakan penerima Bantuan SARA One-Off seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 di sini : https://sara.gov.my.
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
  3. ⁠Sila klik [Semak Kelayakan] untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  5. ⁠Masukkan Nombor Mykad anda pada ruangan yang telah disediakan.
    • Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  6. ⁠Seterusnya, klik butang [Semakan Status].
  7. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Penghargaan SARA
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
    • Baki (RM) : 100.00
  8. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  9. ⁠Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  10. ⁠Selesai.

CARA GUNA SARA 2025

Berikut merupakan cara guna Bantuan SARA untuk pembelian barangan keperluan asas :

  1. Kunjungi kedai yang menerima bayaran SARA.
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label SARA di rak tanda harga.
  3. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  5. Penerima perlu memasukkan 6-digit nombor PIN MyKad.
  6. Bayaran menggunakan MyKad akan disahkan dan resit akan diberikan.

SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN SARA

Berikut merupakan soalan-soalan lazim berkaitan Bantuan SARA One-Off :

  1. Bilakah tarikh akhir guna Bantuan SARA One-Off?
    • Boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025 (Rabu).
  2. Apakah barang yang boleh beli guna Bantuan SARA One-Off?
    • Antara barang keperluan asas yang boleh dibeli adalah beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
  3. Dimanakah boleh guna Bantuan SARA One-Off?
    • Di mana-mana 7,300 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Lulu Supermarket, serta pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.
  4. Bagaimanakah cara mohon Bantuan SARA One-Off?
    • Tidak perlu kemukakan sebarang permohonan kerana ianya automatik diberikan kepada yang layak.

RUJUKAN

Artikel ini ditulis berdasarkan maklumat sahih daripada Portal Rasmi Bantuan SARA (MyKasih). Oleh itu, untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

Leave a Comment