BANTUAN RAHMAH RM100 IC : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Kerajaan MADANI telahpun melaksanakan pengkreditan Bantuan Asas Rahmah (SARA) ke dalam 22 juta Kad Pengenalan (IC) penerima yang layak sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia terutamanya golongan dewasa.
Bagaimanakah semak status penerima Bantuan Rahmah RM100 IC? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : CARA CHECK DUIT DALAM IC : PANDUAN LENGKAP SEMAK BANTUAN MASUK
TARIKH KREDIT BANTUAN RAHMAH RM100
Pengkreditan Bantuan Asas Rahmah RM100 telah dimasukkan ke dalam IC penerima mengikut tarikh berikut :
TARIKH KREDIT MASUK BANTUAN RAHMAH DALAM IC | TARIKH AKHIR GUNA BANTUAN RAHMAH DALAM IC |
---|---|
31 Ogos 2025, Ahad | 31 Disember 2025, Rabu |
FUNGSI BANTUAN RAHMAH RM100 IC
Fungsi Bantuan Asas Rahmah yang dikreditkan dalam IC adalah khas digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless). Antara barang keperluan asas yang boleh digunakan adalah :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman.
- Makanan dalam tin.
- Bahan perasa.
- Produk kebersihan.
- Ubat-ubatan.
- Barangan persekolahan.
*Nota : Pembelian hendaklah tidak melebihi Bantuan Asas Rahmah yang ada dalam IC.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RAHMAH RM100
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Asas Rahmah RM100 :
- Pemegang IC Warganegara Malaysia;
- Had umur 18 tahun dan ke atas;
- Status Bujang / Isi Rumah / Warga Emas;
- Tidak mengira jumlah pendapatan.
SEMAK STATUS BANTUAN RAHMAH RM100 IC
Bagi yang belum mengetahui status sama ada ‘Layak’ atau ‘Tidak Layak’ terima Bantuan Asas Rahmah RM100, ikuti panduan semakan status berikut :
- Sila layari Laman Portal Rasmi SARA di pautan ini : https://www.sara.gov.my/.
- Halaman utama ‘Penghargaan SARA ‘ akan dipaparkan.
- Sila klik pada butang [Semak Kelayakan] untuk semakan status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah RM100One-off.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
- Contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.
- Selesai.
Contoh paparan status penerima ‘Layak’ Bantuan Asas Rahmah RM100 Dalam IC :
Nama Program | Penghargaan SARA |
Status | Layak |
Tarikh Program Bermula | 31/08/2025 |
Tarikh Program Berakhir | 31/12/2025 |
Baki (RM) | 100.00 |
SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN ASAS RAHMAH
Berikut merupakan soalan-soalan lazim (FAQ) berkaitan Bantuan Asas Rahmah RM100 :
- Adakah Bantuan Asas Rahmah RM100 dibayar setiap bulan?
- Ianya hanya dibayar secara one-off (sekaligus) kepada semua rakyat dewasa Malaysia.
- Adakah perlu kemukakan permohonan untuk terima Bantuan Asas Rahmah RM100 dalam IC?
- Tidak perlu kerana ianya diberikan secara automatik kepada 22 juta rakyat dewasa Malaysia.
- Dimanakah boleh guna Bantuan Asas Rahmah RM100 Dalam IC?
- Di mana-mana kedai atau pasar raya berhampiran yang menerima bayaran SARA MyKasih.
- Bolehkah Bantuan Asas Rahmah RM100 dalam IC dikeluarkan secara tunai?
- Tidak boleh. Ianya hanya boleh digunaka untuk pembelian secara tanpa tunai sahaja.
RUJUKAN
Maklumat yang dikongsikan di atas adalah sahih dan dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]