MYSARA RM100 – SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Hampir 70 peratus (%) rakyat Malaysia akan menerima inisiatif tanpa tunai di bawah program Bantuan MySARA yang disalurkan sebanyak RM100 setiap seorang penerima yang boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas.
Bagaimanakah semakan status layak atau tidak MySARA RM100? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : Bagaimanakah Semakan Sara RM100? Anda Boleh Check Duit One Off Melalui Online Sekarang!
TARIKH BAYARAN MYSARA RM100
Pembayaran Bantuan MySARA (one-off) akan dimasukkan serentak mengikut tarikh berikut :
- Pada 31 Ogos 2025 (Ahad).
KAEDAH BAYARAN MYSARA RM100
Bantuan MySARA akan dibayar kepada penerima sekaligus (one-off) melalui pengkreditan tanpa tunai terus ke dalam akaun Kad Pengenalan (MyKad) penerima dan boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas.
KEGUNAAN MYSARA RM100
Bantuan MySARA khas digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas berikut :
- Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
- Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).
*Nota : Pembelian hendaklah tidak melebihi RM100.
SYARAT PENERIMA LAYAK MYSARA RM100
Penerima MySARA yang layak dipilih berdasarkan syarat-syarat berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Had umur 18 tahun dan ke atas;
- Status Bujang / Isi Rumah / Warga Emas.
SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK MYSARA RM100
Untuk mengetahui status anda layak atau tidak Bantuan MySARA, ikuti cara semakan status berikut :
- Sila layari Laman Portal Rasmi SARA di pautan ini : https://www.sara.gov.my/.
- Halaman utama ‘Penghargaan SARA ‘ akan dipaparkan.
- Sila klik pada butang [Semak Kelayakan] untuk semakan status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah RM100One-off.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
- Contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.
- Selesai.
Bagi penerima yang ‘Layak’, Status akan dipaparkan seperti berikut :
Nama Program | Penghargaan SARA |
Status | Layak |
Tarikh Program Bermula | 31/08/2025 |
Tarikh Program Berakhir | 31/12/2025 |
Baki (RM) | 100.00 |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan mySara, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/documents/penghargaan_sara_faq_20250821.pdf