Bagaimanakah Semakan Sara RM100 2025? Anda Boleh Check Duit One Off Melalui Online Sekarang!
Berdasarkan rekod, seramai 22 juta individu yang akan menerima duit Bantuan Sara (Sumbangan Asas Rahmah) secara One-Off melalui Kad Pengenalan (MyKad). Penerima yang dipilih secara automatik daripada data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Bagaimanakah Semakan Sara RM100 secara online? Ikuti panduan lengkap di bawah.
Baca Juga : Apakah Senarai Barang Sara? Jom Semak Sekarang!
Siapakah Layak Terima Sara RM100 2025?
Hanya yang memenuhi kelayakan berikut sahaja akan terima Bantuan Sara RM100 :
- Pemegang MyKad Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Status Bujang / Isi Rumah / Warga Emas;
- Terbuka kepada semua tanpa mengira pendapatan.
Bilakah Tarikh Terima Sara RM100 2025?
Kesemua penerima yang layak akan menerima Bantuan Sara RM100 pada tarikh yang sama, iaitu pada :
- 31 Ogos 2025, Ahad (Sempena Hari Kebangsaan).
Bagaimanakah Semakan Sara RM100 2025?
Berikut adalah cara semakan status penerima Sara RM100 One-off secara online :
- Sila layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 di sini : https://sara.gov.my.
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila klik [Semak Kelayakan] untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor Mykad anda pada ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, klik butang [Semakan Status].
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Bagaimanakah Semakan Duit Sara RM100 2025?
Berikut pula cara semakan duit Bantuan Sara RM100 dalam MyKad :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
- Masukkan Nombor OTP yang betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki duit Bantuan Sara akan dipaparkan.
- Selesai.
Rujukan
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
Penafian
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/documents/penghargaan_sara_faq_20250821.pdf.