BILA BAYAR SARA RM100 – SEMAK SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG!
Pembayaran Penghargaan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 secara sekaligus (One-off) akan melibatkan peruntukan sebanyak RM2 billion untuk seramai 22 juta rakyat golongan dewasa tanpa mengira jumlah pendapatan.
Bagaimanakah semak bila bayar SARA RM100? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BARANG SARA – SEMAK SENARAI – CARA BELI GUNA MYKAD
BILA BAYAR SARA RM100
Bayaran Penghargaan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 sekaligus (One-off) akan dimasukkan pada 31 Ogos 2025 (Ahad) dan boleh digunakan pada bila-bila masa sehingga 31 Disember 2025 (Rabu).
KAEDAH BAYAR SARA RM100
Berikut merupakan kaedah bayaran Penghargaan Bantuan SARA RM100 :
- Penerima Semenanjung :
- Dibayar sekaligus (One-off) secara tanpa tunai melalui Kad Pengenalan dan boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas.
- Penerima Sabah & Sarawak :
- Dibayar sekaligus (One-off) secara tanpa tunai melalui Kad Pengenalan dan boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas.
KELAYAKAN PENERIMA SARA RM100
Penghargaan Bantuan SARA RM100 khas diberikan kepada rakyat yang memenuhi kelayakan berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Status Bujang / Isi Rumah / Warga Emas;
- Terbuka kepada semua tanpa mengira jumlah pendapatan.
CARA SEMAK SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SARA RM100
Ikuti cara semak kelayakan sama ada layak atau tidak terima Bantuan SARA RM100 seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 di sini : https://sara.gov.my.
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila klik [Semak Kelayakan] untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor Mykad anda pada ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, klik butang [Semakan Status].
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/documents/penghargaan_sara_faq_20250821.pdf.