Cara Tebus RM100 SARA – Jom Semak Bayaran Duit Dalam Mykad Segera!

Cara Tebus RM100 SARA – Jom Semak Bayaran Duit Dalam Mykad Segera!

Bantuan RM100 ONE-OFF di bawah Program SARA boleh ditebus untuk mendapatkan barangan keperluan yang diluluskan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar.

Bagaimanakah cara tebus rm100 sara dalam mykad? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN DUIT DALAM MYKAD : PANDUAN LENGKAP CARA CHECK BAKI SARA RM100

SIAPAKAH LAYAK RM100 SARA

Kelayakan penerima RM100 ONE-OFF adalah seperti berikut:

  • Setiap pemegang MyKad Warganegara Malaysia;
  • Berusia 18 tahun ke atas;
  • Tanpa mengira pendapatan.

Bantuan RM100 ONE-OFF akan disalurkan secara automatik kepada SETIAP rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan diatas, tanpa sebarang permohonan diperlukan.

TARIKH PENGKREDITAN RM100 SARA

Bantuan SARA RM100 ONE-OFF akan dikreditkan kepada penerima seperti berikut :

TARIKH PELAKSANAANTARIKH SAH KADAR BAYARAN
Bermula 31 Ogos 2025
(Ahad)
SAH sehingga 31 Disember 2025
(Rabu)
RM100
(ONE-OFF)

Kredit Bantuan RM100 boleh digunakan mulai tarikh pelaksanaan bayaran, dan baki tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya, serta SAH digunakan sehingga 31 Disember 2025.

CARA PELAKSANAAN RM100 SARA

Bantuan RM100 ONE-OFF dilaksanakan di bawah Program SARA dan akan dikreditkan terus secara tanpa tunai ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima, untuk dibelanjakan di lebih 7,300 premis berdaftar diseluruh Malaysia, bagi mendapatkan Barangan Keperluan yang diluluskan.

SENARAI BARANG BOLEH ASAS BOLEH TEBUS GUNA RM100 SARA

Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA RM100 :

  • Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
  • Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  • Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih
  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
  • Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan

CARA TEBUS RM100 SARA

Penerima boleh menggunakan kredit SARA RM100 ONE-OFF untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA ONE-OFF.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  6. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
  7. Selesai.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PENGHARGAAN%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA).pdf

Leave a Comment