SEMAKAN DUIT DALAM MYKAD : PANDUAN LENGKAP CARA CHECK BAKI SARA RM100

SEMAKAN DUIT DALAM MYKAD : PANDUAN LENGKAP CARA CHECK BAKI SARA RM100

Maklumat pembayaran SARA RM100 ONE-OFF seperti baki kredit boleh disemak di Portal Rasmi SARA oleh penerima layak untuk digunakan bagi pembelian barangan keperluan asas di premis berdaftar.

Bagaimanakah semakan baki duit sara rm100 dalam mykad? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: CHECK DUIT SARA RM100 : SEMAK KELAYAKAN ANDA SEKARANG

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA DUIT SARA RM100 DALAM MYKAD

Kelayakan penerima RM100 ONE-OFF adalah seperti berikut:

  • Setiap Pemegang MyKad Warganegara Malaysia;
  • Berusia 18 tahun ke atas;
  • Tanpa mengira pendapatan.

Bantuan SARA RM100 ONE-OFF akan disalurkan secara automatik kepada SETIAP rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan diatas, tanpa sebarang permohonan diperlukan.

MANFAAT PENGKREDITAN DUIT SARA RM100 DALAM MYKAD

Bantuan SARA RM100 ONE-OFF yang disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima, boleh dibelanjakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar, bagi mendapatkan Barangan Keperluan yang diluluskan di bawah Program SARA seperti :

  • Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak Masak / Tepung
  • Makanan : Biskut / Mee Segera
  • Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
  • Makanan Dalam tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
  • Bahan perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
  • Produk Kebersihan Diri : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
  • Ubat-ubatan : Panadol / Ubat Batuk
  • Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah / Kasut Sekolah
  • Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian

TARIKH PENGKREDITAN DUIT SARA RM100 DALAM MYKAD

Bantuan RM100 ONE-OFF akan dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima bermula 31 Ogos 2025 (Ahad), dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025. Baki pembayaran boleh disemak di Portal Rasmi SARA bermula tarikh pembayaran dilaksanakan.

CHECK BAKI DUIT SARA RM100 DALAM MYKAD

Baki Bayaran dan Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Penghargaan SARA
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
    • Baki (RM) : 100.00
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

Selain semakan status kelayakan, Portal Rasmi SARA juga boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat lanjut seperti baki bayaran, senarai premis runcit berdaftar dan panduan pembelian barangan SARA.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PENGHARGAAN%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA).pdf

Leave a Comment