CHECK DUIT SARA RM100 : SEMAK KELAYAKAN ANDA SEKARANG.
Duit SARA RM100 akan dikreditkan secara one-off ke dalam MyKad penerima yang layak dan sah digunakan untuk membeli barangan keperluan di premis runcit berdaftar sepanjang tahun 2025.
Bagaimanakah check kelayakan duit sara rm100? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN KELAYAKAN SARA RM100 : PENGHARGAAN ONE OFF DALAM MYKAD
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA DUIT SARA RM100
Kelayakan penerima RM100 ONE-OFF adalah seperti berikut:
- Setiap Pemegang MyKad Warganegara Malaysia;
- Berusia 18 tahun ke atas;
- Tanpa mengira pendapatan.
Bantuan RM100 ONE-OFF akan disalurkan secara automatik kepada SETIAP rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan diatas, tanpa sebarang permohonan diperlukan.
TARIKH PENYALURAN DUIT SARA RM100
Bantuan RM100 ONE-OFF akan dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima bermula 31 Ogos 2025 (Ahad).
Kredit Bantuan RM100 boleh digunakan pada bila-bila masa mulai tarikh pembayaran, dan baki tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya, serta SAH digunakan sehingga 31 Disember 2025.
KAEDAH PENYALURAN DUIT SARA RM100
Kredit RM100 ONE-OFF akan disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima secara automatik tanpa sebarang permohonan diperlukan, dan boleh dibelanjakan untuk mendapatkan 14 Kategori Barangan Keperluan yang diluluskan di bawah Program SARA di lebih 7,300 premis berdaftar di seluruh Negara.
14 KATEGORI BARANG KEPERLUAN LULUS GUNA DUIT SARA RM100
Sebanyak 14 kategori barangan keperluan telah diluluskan untuk pembelian menggunakan Bantuan RM100 ONE-OFF, iaitu :
- Produk Kebersihan;
- Ubat-ubatan;
- Barangan Keperluan Sekolah;
- Beras;
- Bahan Perasa;
- Roti;
- Telur;
- Minyak Masak;
- Tepung;
- Biskut;
- Mee segera;
- Minuman;
- Makanan dalam tin; dan
- Produk Kebersihan Rumah;
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
CARA SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA DUIT SARA RM100
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PENGHARGAAN%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA).pdf