SEMAKAN KELAYAKAN SARA RM100 : PENGHARGAAN ONE OFF DALAM MYKAD

SEMAKAN KELAYAKAN SARA RM100 : PENGHARGAAN ONE OFF DALAM MYKAD

Seramai 22 juta warganegara Malaysia layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 ONE-OFF pada sambutan Hari Kebangsaan 2025 bagi pembelian barangan keperluan harian.

Bagaimanakah semakan status layak atau tidak penghargaan sara rm100 one-off? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: MY SARA RM100 : SEMAK BANTUAN ONE OFF DALAM IC

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SARA RM100

Kelayakan penerima penghargaan SARA 2025adalah seperti berikut:

  • Pemegang MyKad Warganegara Malaysia;
  • Individu berusia 18 tahun ke atas;
  • Tanpa mengira pendapatan.

Bantuan RM100 ONE-OFF akan disalurkan secara automatik kepada SETIAP rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan diatas, tanpa sebarang permohonan diperlukan.

CARA KREDIT BAYARAN SARA RM100 KEPADA PENERIMA

Bantuan SARA RM100 ONE-OFF akan disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima untuk dibelanjakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar, bagi mendapatkan lebih 100,000 jenis Barangan Keperluan dalam 14 kategori barang yang diluluskan di bawah Program SARA seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mee segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

SEMAKAN TARIKH KREDIT SARA RM100 KEPADA PENERIMA

Bantuan RM100 ONE-OFF akan dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima bermula 31 Ogos 2025 (Ahad). Baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya, dan SAH digunakan sehingga 31 Disember 2025.

CARA SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA SARA RM100 DALAM MYKAD

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Penghargaan SARA
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
    • Baki (RM) : 100.00
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

Selain semakan status kelayakan, Portal Rasmi SARA juga boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat lanjut seperti senarai premis runcit berdaftar dan panduan pembelian barangan SARA.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PENGHARGAAN%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA).pdf

1 thought on “SEMAKAN KELAYAKAN SARA RM100 : PENGHARGAAN ONE OFF DALAM MYKAD”

Leave a Comment