SEMAK MYKASIH SARA ONLINE – SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG!
Daripada RM13 billion peruntukan sedia ada bagi Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, Kerajaan MADANI menambah lagi RM2 billion untuk disalurkan kepada lebih ramai rakyat Malaysia yang layak.
Bagaimanakah semak MyKasih SARA secara online? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN SARA RM100 – SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
JUMLAH BAYARAN MYKASIH SARA
Setiap kategori akan menerima bayaran Bantuan MyKasih SARA dengan jumlah yang berbeza seperti berikut :
- Jumlah Bayaran MyKasih SARA Setiap Bulan :
KELAYAKAN PENERIMA | BAYARAN SETIAP BULAN (SESI 1) | BAYARAN SETIAP BULAN (SESI 2) |
---|---|---|
Miskin (Daftar STR & eKasih) | Isi Rumah : RM100 sebulan Warga Emas : RM100 sebulan Bujang : RM50 sebulan | Isi Rumah : RM200 sebulan Warga Emas : RM150 sebulan Bujang : RM50 sebulan |
Asas (Daftar STR Sahaja) | – | Isi Rumah : RM100 sebulan Warga Emas : RM50 sebulan Bujang : – |
- Jumlah Bayaran MyKasih SARA Sekaligus :
KELAYAKAN PENERIMA | BAYARAN SEKALIGUS |
---|---|
Miskin (Daftar STR & eKasih) | Isi Rumah : RM100 (suami) & RM100 (isteri) Warga Emas : RM100 Bujang : RM100 |
Asas (Daftar STR Sahaja) | Isi Rumah : RM100 (suami) & RM100 (isteri) Warga Emas : RM100 Bujang : RM100 |
Semua Rakyat | Isi Rumah : RM100 (suami) & RM100 (isteri) Warga Emas : RM100 Bujang : RM100 |
JADUAL BAYARAN MYKASIH SARA
Pembayaran Bantuan MyKasih SARA sepanjang tahun 2025 dilaksanakan mengikut jadual berikut :
JENIS PELAKSANAAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Setiap bulan (Sesi 1) | 15 Januari 2025 1 Februari 2025 1 Mac 2025 |
Setiap bulan (Sesi 2) | 1 April 2025 1 Mei 2025 1 Jun 2025 1 Julai 2025 1 Ogos 2025 1 September 2025 1 Oktober 2025 1 November 2025 1 Disember 2025 |
Sekaligus (One-Off) | 31 Ogos 2025 |
CARA BAYARAN MYKASIH SARA
Pembayaran Bantuan MyKasih SARA adalah dilaksanakan seperti berikut :
JENIS PELAKSANAAN | CARA BAYARAN MYKASIH SARA |
---|---|
Setiap bulan | Dibayar setiap bulan secara tanpa tunai (cashless) melalui pengkreditan dalam MyKad penerima yang berdaftar STR dan eKasih. |
Sekaligus | Dibayar sekaligus (one-off) secara tanpa tunai (cashless) melalui pengkreditan dalam MyKad semua rakyat dewasa Malaysia (termasuk penerima sedia ada). |
SEMAK MYKASIH SARA ONLINE
Status kelayakan penerima Bantuan MyKasih SARA boleh disemak secara online seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA di sini : https://sara.gov.my.
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama.
- Sila klik [Semak Kelayakan] untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor Mykad anda pada ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, klik butang [Semakan Status].
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
SEMAKAN BAYARAN MYKASIH SARA
Status bayaran Bantuan MyKasih SARA dalam MyKad boleh disemak secara online seperti berikut :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
- Google Play (Bagi pengguna Android); atau
- App Store (Bagi pengguna iOS).
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
- Masukkan Nombor OTP yang betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH SARA
Berikut merupakan soalan-soalan lazim berkaitan MyKasih SARA :
J : Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas serta memenuhi syarat-syarat kelayakan.
J : Bantuan MyKasih SARA hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai atau pasaraya terpilih seluruh Malaysia.
J : Sah sehingga 31 Disember 2025 (Rabu) sahaja.
J : Hanya penerima yang layak sahaja boleh menggunakannya. Namun, ianya bergantung kepada persetujuan pemilik MyKad.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.