LINK SARA GOV MY – SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SEKARANG!
Status kelayakan RM100 ONE-OFF kini boleh disemak di Portal Rasmi SARA, serta mendapatkan maklumat lanjut seperti semakan baki pembayaran, senarai premis runcit berdaftar, dan panduan pembelian barangan SARA.
Bagaimanakah semak status kelayakan di link sara gov my? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CEK SARA RM100 – CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG!
SIAPAKAH LAYAK MENERIMA SARA
Kelayakan penerima RM100 ONE-OFF adalah seperti berikut:
- Pemegang MyKad Warganegara Malaysia;
- Individu berusia 18 tahun ke atas;
- Tanpa mengira pendapatan.
Bantuan RM100 ONE-OFF akan disalurkan secara automatik kepada SETIAP rakyat dewasa Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan diatas, tanpa sebarang permohonan diperlukan.
LINK RASMI SEMAKAN SARA GOV MY
Semakan status kelayakan SARA RM100 ONE-OFF boleh disemak di Portal Rasmi SARA seperti berikut:
PORTAL RASMI SARA | PAUTAN |
---|---|
Bantuan Tunai RM100 ONE-OFF | https://sara.gov.my/ |
Catatan : Selain semakan status kelayakan, Portal Rasmi SARA juga boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat lanjut seperti senarai premis runcit berdaftar dan panduan pembelian barangan SARA.
PANDUAN SEMAKAN STATUS KELAYAKAN DI LINK SARA GOV MY
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
TARIKH SEMAKAN STATUS KELAYAKAN DI LINK SARA GOV MY
Seramai 22 juta rakyat dewasa Malaysia yang layak menerima Bantuan RM100 ONE-OFF boleh menyemak status kelayakan mereka di Portal Rasmi SARA mulai 21 Ogos 2025.
Semakan baki pembayaran pula boleh dibuat sebaik sahaja bantuan dilaksanakan, untuk digunakan oleh penerima bagi pembelian barangan keperluan seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mee segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan, dan barangan persekolahan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh negara.
BILA TARIKH PEMBAYARAN SARA
Bantuan RM100 ONE-OFF akan dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima bermula 31 Ogos 2025 (Ahad). Baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya, dan SAH digunakan sehingga 31 Disember 2025.
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA GOV MY
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA:
S : Adakah pautan sara.gov.my merupakan laman rasmi Portal SARA?
J : Ya. Ia merupakan pautan rasmi Portal SARA khusus untuk Bantuan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
S : Apakah fungsi utama pautan sara.gov.my?
J : Fungsi sara.gov.my merupakan pautan rasmi Portal SARA khusus untuk semakan status kelayakan penerima bantuan SARA, termasuk Bantuan RM100 ONE-OFF, serta untuk mendapatkan maklumat lanjut seperti senarai premis runcit berdaftar dan panduan pembelian barangan SARA.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PENGHARGAAN%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA).pdf