CEK SARA RM100 – CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG!

CEK SARA RM100 – CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG!

YAB Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan RM100 ONE-OFF kepada semua rakyat dewasa Malaysia, termasuk penerima SARA sedia ada, untuk dibelanjakan di bawah Program SARA.

Bagaimanakah cek sara rm100? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: LOG MASUK MYSARA : SEMAKAN STATUS RM100 ONE OFF 2025

SIAPA YANG LAYAK SARA RM100?

KelayKelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 STR setiap bulan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
  3. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

Catatan : Bantuan RM100 ONE-OFF akan disalurkan secara automatik kepada SETIAP rakyat dewasa Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas, tanpa sebarang permohonan diperlukan.

KEADAH BAYARAN SARA RM100

Bantuan SARA akan disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima untuk dibelanjakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar, bagi mendapatkan 14 Kategori Barangan Keperluan yang diluluskan di bawah Program SARA seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mee segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

AMAUN BAYARAN

Jumlah bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:

  • Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMAAMAUN BAYARAN BULANAN (RM)
Isi Rumah
(STR & eKasih)
RM100 (Januari – Mac)
RM200 (April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR & eKasih)
RM100 (Januari – Mac)
RM150 (April – Disember)
Bujang
(STR & eKasih)
RM50 (Januari – Disember)
  • Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMAAMAUN BAYARAN BULANAN (RM)
Isi Rumah
(STR Sahaja)
RM100 (April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR Sahaja)
RM50 (April – Disember)

TARIKH BAYARAN SARA

Penyaluran bantuan SARA setiap bulan seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
BULANAN SARA
TARIKH BAYARAN
SARA RM100 ONE-OFF
Lulus STR & Berstatus eKasihSetiap 1 Hari Bulan
(Januari – Disember 2025)
31 Ogos 2025
Lulus STR SahajaSetiap 1 Hari Bulan
(April – Disember 2025)
31 Ogos 2025

CEK SARA RM100

Status Kelayakan Penerima boleh disemak secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Penghargaan SARA
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
    • Baki (RM) : 100.00
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA RM100

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA RM100:

S : Siapa layak menerima SARA RM100?
J : SARA RM100 ONE-OFF akan disalurkan kepada SETIAP RAKYAT Malaysia berusia 18 tahun ke atas, termasuk penerima sedia ada SARA 2025.

S : Bagaimanakah cara mohon SARA RM100?
J : SARA RM100 ONE-OFF akan disalurkan secara automatik kepada semua warganegara Malaysia yang layak melalui MyKad, TANPA sebarang permohonan diperlukan.

S : Adakah SARA RM100 boleh dikeluarkan secara tunai?
J : Tidak boleh. SARA RM100 hanya boleh digunakan khusus untuk pembelian barangan asas di premis runcit berdaftar dengan menggunakan MyKad.

S : Adakah barang yang berdaftar sahaja boleh menggunakan kredit SARA RM100?
J : Ya. Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima secara tunai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PENGHARGAAN%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA).pdf

Leave a Comment