CARA GUNA SARA RM100 : PANDUAN LENGKAP CARA BELI & SEMAK SENARAI BARANG MYKASIH

CARA GUNA SARA RM100 : PANDUAN LENGKAP CARA BELI & SEMAK SENARAI BARANG MYKASIH

Sebanyak 14 kategori barangan keperluan diluluskan di bawah Program SARA, membolehkan penerima menggunakan kredit RM100 ONE-OFF bagi membuat pembelian barangan asas yang diperlukan.

Bagaimanakah cara guna sara rm100? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: LOGIN SUMBANGAN ASAS RAHMAH : SEMAKAN SARA RM100 ONE OFF 2025

SIAPA YANG LAYAK?

Kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 STR setiap bulan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
  3. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

CARA BAYARAN SARA RM100

Bantuan SARA disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan), dan dibelanjakan untuk mendapatkan 14 Kategori Barangan Keperluan yang diluluskan di bawah Program SARA di lebih 4,100 premis berdaftar di seluruh Negara.

SENARAI BARANGAN BOLEH GUNA SARA RM100

Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA RM100 :

  • Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
  • Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  • Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih
  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
  • Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan

CARA GUNA SARA RM100

Penerima boleh menggunakan kredit SARA RM100 ONE-OFF untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA ONE-OFF.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  6. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
  7. Selesai.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PENGHARGAAN%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA).pdf

Leave a Comment