SEMAKAN SARA RM100 MYKASIH : (2025) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Terkini! Bantuan one-off RM100 di bawah Program SARA akan disalurkan dalam masa terdekat kepada 22 juta Rakyat Malaysia yang layak melalui MyKad, untuk dibelanjakan di lebih 4,100 premis runcit berdaftar.
Bagaimanakah semakan status layak atau tidak sara mykasih rm100? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CARA SEMAKAN MYKASIH DALAM MYKAD : (2025) SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA
SIAPA LAYAK MENERIMA SARA MYKASIH RM100
Kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 STR setiap bulan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Catatan : Bantuan RM100 ONE-OFF akan disalurkan secara automatik kepada SETIAP rakyat dewasa Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas, tanpa sebarang permohonan diperlukan.
MANFAAT PELAKSANAAN SARA MYKASIH RM100
Bantuan RM100 yang disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima, boleh dibelanjakan untuk mendapatkan Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di bawah Program di lebih 4,100 premis berdaftar di seluruh Negara seperti berikut:
- Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak masak / Tepung / Biskut / Mee Segera
- Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
- Makanan Dalam Tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
- Bahan Perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
- Produk Kebersihan : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
- Ubat-ubatan : Panadol / Ubat batuk dan lain-lain lagi
- Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah /Kasut Sekolah
- Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian
SEMAKAN SARA RM100 MYKASIH
Status Kelayakan Penerima boleh disemak secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:

- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
CARA GUNA KREDIT SARA MYKASIH RM100
Penerima boleh menggunakan kredit SARA RM100 untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan Asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA ONE OFF.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PENGHARGAAN%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA).pdf