MYKASIH DALAM MYKAD SEMAK : (2025) SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

MYKASIH DALAM MYKAD SEMAK : (2025) SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Pengkreditan bantuan secara bulanan dalam bentuk barangan asas melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dapat meringankan beban kos sara hidup serta memenuhi keperluan hidup penerima.

Bagaimanakah semak status kelayakan mykasih dalam mykad 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAK SARA MYKASIH 100 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SIAPA YANG LAYAK?

Kelayakan penerima SARA 2025, untuk setiap bulan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
  3. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

Catatan : Semua penerima SARA 2025 akan menerima bantuan RM100 ONE-OFF yang akan disalurkan secara automatik kepada seluruh rakyat dewasa Malaysia berusia 18 tahun ke atas, tanpa memerlukan sebarang permohonan, mulai 31 Ogos 2025.

MYKASIH DALAM MYKAD SEMAK

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi SARA; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Semakan di Portal SARA:

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
    • Baki (RM) : 100.00 (Kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima)
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

Semakan di Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

JUMLAH BAYARAN MYKASIH DALAM MYKAD

Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan disalurkan dalam MyKad penerima adalah seperti berikut:

  • Lulus STR & Berstatus eKasih
KATEGORI PENERIMAAMAUN BULANAN (RM)
Isi RumahRM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
BujangRM50/bulan (bermula Januari – Disember)
  • Lulus STR & Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMAAMAUN BULANAN (RM)
Isi RumahRM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM50/bulan (bermula April – Disember)

Tambahan SARA ONE-OFF (SEKALI BAYAR) sebanyak RM100 akan disalurkan terus kepada setiap penerima melalui MyKad pada 31 Ogos 2025, dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025.

MANFAAT PENGKREDITAN MYKASIH DALAM MYKAD

Pengkreditan MyKasih atau SARA yang disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima, boleh dibelanjakan untuk mendapatkan Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di lebih 4,100 premis berdaftar di seluruh Negara seperti berikut:

  • Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak masak / Tepung / Biskut / Mee Segera
  • Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
  • Makanan Dalam Tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
  • Bahan Perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
  • Produk Kebersihan : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
  • Ubat-ubatan : Panadol / Ubat batuk dan lain-lain lagi
  • Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah /Kasut Sekolah
  • Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment