SEMAK SARA MYKASIH 100 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Bantuan tunai one-off RM100 di bawah Program SARA untuk setiap warganegara dewasa Malaysia boleh dibelanjakan di lebih 4,100 premis runcit berdaftar.
Bagaimanakah cara semak status kelayakan sara mykasih rm 100? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SARA GOV MY : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN TUNAI RM100 ONE-OFF
SIAPA YANG LAYAK?
Kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 setiap bulan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Catatan : Bantuan RM100 ONE-OFF akan disalurkan secara automatik kepada SETIAP rakyat dewasa Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas, tanpa sebarang permohonan diperlukan.
KADAR BAYARAN
Jumlah bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:
- Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BAYARAN BULANAN SARA | AMAUN SARA ONE-OFF |
---|---|---|
Isi Rumah (STR & eKasih) | RM100 (Januari – Mac) RM200 (April – Disember) | RM100 (31 Ogos 2025) |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih) | RM100 (Januari – Mac) RM150 (April – Disember) | RM100 (31 Ogos 2025) |
Bujang (STR & eKasih) | RM50 (Januari – Disember) | RM100 (31 Ogos 2025) |
- Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BAYARAN BULANAN SARA | AMAUN SARA ONE-OFF |
---|---|---|
Isi Rumah (STR Sahaja) | RM100 (April – Disember) | RM100 (31 Ogos 2025) |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR Sahaja) | RM50 (April – Disember) | RM100 (31 Ogos 2025) |
KAEDAH PENGKREDITAN SARA MYKASIH 100
Bantuan SARA akan disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima, dan boleh dibelanjakan untuk mendapatkan Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di bawah Program SARA seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mee segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan di lebih 7,300 premis berdaftar di seluruh Negara.
SEMAK SARA MYKASIH 100
Status Kelayakan Penerima boleh disemak secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
CARA GUNA KREDIT SARA MYKASIH 100
Penerima boleh menggunakan kredit SARA RM100 untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan Asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA ONE OFF.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PENGHARGAAN%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA).pdf
Kenapa butang semakan status tidak dapat klik?