SEMAKAN RM100 SARA MYKAD : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tidak perlu mengemukakan sebarang permohonan untuk menerimanya, kerana Kerajaan akan mengkreditkannya secara automatik ke dalam MyKad rakyat dewasa yang terpilih.
Bagaimanakah semakan status layak atau tidak RM100 SARA MyKad? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : LOGIN MYSARA : SEMAKAN STATUS RM100 ONE OFF
SYARAT PENERIMA RM100 SARA MYKAD
Bantuan SARA RM100 akan dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad penerima yang memenuhi syarat berikut :
- Terbuka kepada semua rakyat tanpa mengira pendapatan;
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Status Bujang / Isi Rumah / Warga Emas.
SEMAKAN STATUS PENERIMA RM100 SARA MYKAD
Anda boleh menyemak status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA RM100 Dalam MyKad seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tidak Layak’.
- Selesai.
TARIKH TERIMA RM100 SARA MYKAD
Bantuan SARA RM100 akan dikreditkan dalam MyKad 22 juta penerima serentak pada tarikh berikut :
- 31 Ogos 2025 (Ahad).
CARA GUNA RM100 SARA MYKAD
Berikut merupakan cara guna Bantuan SARA Dalam MyKad :
- Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih SARA berhampiran (Rujuk senarai kedai terpilih di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
- Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli.
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
- Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
SEMAKAN BAKI KREDIT RM100 SARA MYKAD
Setelah Bantuan SARA digunakan, baki yang ada dalam MyKad boleh disemak seperti berikut :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
- Google Play (Bagi pengguna Android); atau
- App Store (Bagi pengguna iOS).
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
- Masukkan Nombor OTP yang betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan SARA Dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.