LOGIN MYSARA : SEMAKAN STATUS 2025 RM100 ONE OFF
Supaya dapat memudahkan rakyat menyemak status atau baki bayaran Bantuan MySARA, Kerajaan menyediakan Portal Rasmi MyKasih serta aplikasi rasmi MyKasih yang percuma khas boleh diakses melalui telefon bimbit sahaja.
Bagaimanakah login MySARA untuk semakan status? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : SEMAK STATUS SARA 100 : CHECK BANTUAN DALAM MYKAD
CARA BAYARAN MYSARA
Bantuan MySARA dibayar secara tanpa tunai melalui Kad Pengenalan (MyKad) penerima dengan dua (2) cara, iaitu :
- Bayaran setiap bulan kepada 5.4 juta penerima sedia ada;
- Bayaran sekali (One-Off) kepada 22 juta rakyat Malaysia (termasuk penerima sedia ada).
JADUAL BAYARAN MYSARA
Berikut merupakan jadual bayaran Bantuan MySARA sepanjang tahun 2025 :
JENIS PELAKSANAAN | TARIKH BAYARAN MYSARA |
---|---|
Setiap Bulan (Sesi 1) | 15 Januari 2025 1 Februari 2025 1 Mac 2025 |
Setiap Bulan (Sesi 2) | 1 April 2025 1 Mei 2025 1 Jun 2025 1 Julai 2025 1 Ogos 2025 1 September 2025 1 Oktober 2025 1 November 2025 1 Disember 2025 |
Sekali Bayar (One-off) | 31 Ogos 2025 |
JUMLAH BAYARAN MYSARA
Jumlah pembayaran Bantuan MySARA dilaksanakan mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut :
- BAYARAN SETIAP BULAN (SESI 1 & 2):
KATEGORI KELAYAKAN | PENERIMA SEDIA ADA (MISKIN TEGAR) | PENERIMA SEDIA ADA (ASAS BUKAN MISKIN) |
---|---|---|
ISI RUMAH | RM100 (Sesi 1) / RM200 (Sesi 2) | RM100 (Sesi 2) |
WARGA EMAS | RM100 (Sesi 1) / RM150 (Sesi 2) | RM50 (Sesi 2) |
BUJANG | RM50 (Sesi 1&2) | – |
- BAYARAN SEKALI BAYAR (ONE-OFF) :
KATEGORI KELAYAKAN | PENERIMA SEDIA ADA & PENERIMA BAHARU (SEMUA RAKYAT) |
---|---|
ISI RUMAH | RM100 One-Off |
WARGA EMAS | RM100 One-Off |
BUJANG | RM100 One-Off |
LOGIN MYSARA SEMAK STATUS
Ikuti cara semakan status penerima MySARA seperti berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MySARA di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MySARA akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
LOGIN MYSARA SEMAK BAKI
Ikuti cara login MySARA di bawah untuk menyemak baki yang ada dalam MyKad :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
- Masukkan Nombor OTP yang betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MySARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.