SEMAKAN STATUS E KASIH : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK 2025

SEMAKAN STATUS E KASIH : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK 2025

Data eKasih digunakan oleh kementerian atau agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan termasuk pemberian Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan kadar yang tertinggi.

Bagaimanakah semakan status e Kasih? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN 100 SARA : SEMAK STATUS 2025 LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA DALAM MYKAD

SYARAT STATUS E KASIH

Berikut merupakan syarat kelayakan status eKasih :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan di bawah garis PGK semasa;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM).

KADAR BANTUAN E KASIH

Pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada penerima eKasih adalah sebanyak berikut :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
    • RM100 / RM200 setiap bulan dan RM100 one-off = RM2,200 setahun.
  • KATEGORI WARGA EMAS :
    • RM100 / RM150 setiap bulan dan RM100 one-off = RM1,750 setahun.
  • KATEGORI BUJANG :
    • RM50 setiap bulan dan RM100 one-off = RM700 setahun.

TARIKH BAYARAN E KASIH

Pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada yang daftar eKasih adalah mengikut tarikh berikut :

  • Tarikh Bayaran Setiap Bulan :
    • 15 Januari 2025.
    • 1 Februari 2025.
    • 1 Mac 2025.
    • 1 April 2025.
    • 1 Mei 2025.
    • 1 Jun 2025.
    • 1 Julai 2025.
    • 1 Ogos 2025.
    • 1 September 2025.
    • 1 Oktober 2025.
    • 1 November 2025.
    • 1 Disember 2025.
  • Tarikh Bayaran One-off :
    • 31 Ogos 2025.

SEMAKAN STATUS E KASIH

Status pendaftaran eKasih boleh disemak seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi e Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  2. Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

Bagi yang ingin mengetahui status sebagai penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA), ikuti cara semakan berikut :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment