CHECK SARA MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA RM100

CHECK SARA MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA RM100

Bagaimanakah cara check status penerima layak atau tidak menerima Bantuan SARA MyKasih RM100? Ikuti panduan lengkap cara check status dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : CARA BELI SARA RM100 : SEMAK SENARAI BARANG MYKASIH

CHECK SARA MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA RM100

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah Program MyKasih telah ditambah peruntukan sebanyak RM2 billion daripada RM13 billion bagi membantu lebih ramai rakyat yang memerlukan khususnya dalam memenuhi keperluan asas.

Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dilaksanakan secara berperingkat setiap bulan dan sekaligus (one-off) melalui pengkreditan terus ke dalam kad pengenalan (MyKad) penerima.

KADAR BANTUAN SARA MYKASIH 2025

Setiap penerima akan menerima kadar Bantuan SARA MyKasih yang berbeza seperti berikut :

  • Kadar Bayaran Setiap Bulan :
KELAYAKAN PENERIMAKADAR BAYARAN SARA MYKASIH
Miskin & Miskin Tegar
(Daftar STR & eKasih)
Isi Rumah : RM100-RM200 setiap bulan
Warga Emas : RM100-RM150 setiap bulan
Bujang : RM50 setiap bulan
Asas Bukan Miskin
(Daftar STR Sahaja)
Isi Rumah : RM100 setiap bulan
Warga Emas : RM50 setiap bulan
Bujang : –
  • Kadar Bayaran Sekaligus :
KELAYAKAN PENERIMAKADAR BAYARAN SARA MYKASIH
Miskin & Miskin Tegar
(Daftar STR & eKasih)
Isi Rumah : RM100
Warga Emas : RM100
Bujang : RM100
Asas Bukan Miskin
(Daftar STR Sahaja)
Isi Rumah : RM100
Warga Emas : RM100
Bujang : RM100
Semua Rakyat
Malaysia
Isi Rumah : RM100
Warga Emas : RM100
Bujang : RM100

TARIKH BAYARAN SARA MYKASIH 2025

Bayaran Bantuan SARA MyKasih dilaksanakan mengikut jadual berikut :

JENIS PENERIMAANTARIKH BAYARAN
Setiap bulan15 Januari 2025
1 Februari 2025
1 Mac 2025
1 April 2025
1 Mei 2025
1 Jun 2025
1 Julai 2025
1 Ogos 2025
1 September 2025
1 Oktober 2025
1 November 2025
1 Disember 2025
Sekaligus31 Ogos 2025

CHECK STATUS SARA MYKASIH 2025

Status kelayakan penerima SARA MyKasih boleh disemak seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  7. Selesai.

CHECK BAYARAN SARA MYKASIH 2025

Status bayaran SARA MyKasih boleh disemak seperti berikut :

  1. Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
    • Google Play (Bagi pengguna Android); atau
    • App Store (Bagi pengguna iOS).
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  5. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  6. Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
  7. Masukkan Nombor OTP yang betul.
  8. Seterusnya, klik pada butang [Next].
  9. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  10. Klik pada butang [Next] di bawah.
  11. Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  12. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA MYKASIH

1. Adakah perlu memohon untuk terima Bantuan SARA MyKasih?

Tidak perlu mengemukakan sebarang permohonan kerana ianya diberikan secara automatik kepada yang layak.

2. Apakah Bantuan SARA MyKasih dibawa ke bulan seterusnya sekiranya tidak digunakan?

Ya. Sekiranya terdapat baki atau belum menggunakan Bantuan SARA MyKasih, ianya akan dibawa ke bulan sterusnya dan boleh digunakan.

3. Bilakah tarikh akhir sah guna Bantuan SARA MyKasih?

Sebelum 31 Disember 2025 (Rabu).

4. Dimanakah boleh guna Bantuan SARA MyKasih?

Di mana-mana 4,100 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Lulu Supermarket, serta pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment