SEMAKAN MYKASIH SARA RM100 : SEMAK STATUS 2025 ONLINE KELAYAKAN PENERIMA
Semua pengeluaran dilakukan melalui penggunaan Mykad (kad pengenalan berasaskan cip yang dikeluarkan kepada semua rakyat Malaysia) atau kad pintar, yang membolehkan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih diagihkan dengan cara yang cekap, telus dan selamat, tanpa sebarang ketirisan.
Bagaimanakah semakan MyKasih SARA? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN RM100 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
MANFAAT MYKASIH SARA
Berikut merupakan antara manfaat-manfaat Bantuan MySARA :
- Dapat menampung kos perbelanjaan sebulan.
- Dikreditkan secara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad.
- Mudah digunakan untuk pembayaran barangan keperluan asas.
- Boleh digunakan di mana-mana kedai dan pasaraya terpilih.
- Baki yang ada atau belum digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya.
- Selamat digunakan tanpa perlu pengeluaran tunai.
JUMLAH BANTUAN MYKASIH SARA
Bayaran Bantuan MyKasih SARA adalah sebanyak jumlah berikut :
- Jumlah Bayaran Bantuan MyKasih SARA Setiap Bulan :
KATEGORI KELAYAKAN | PENERIMA DAFTAR STR & EKASIH | PENERIMA DAFTAR STR SAHAJA |
---|---|---|
Isi Rumah | RM100 (3 bulan) RM200 (9 bulan) | RM100 (9 bulan) |
Warga Emas | RM100 (3 bulan) RM150 (9 bulan) | RM50 (9 bulan) |
Bujang | RM50 (12 bulan) | – |
- Jumlah bayaran Bantuan MyKasih SARA Sekali (One-off) :
KATEGORI KELAYAKAN | SEMUA RAKYAT MALAYSIA |
---|---|
Isi Rumah | RM100 (suami) RM100 (isteri) |
Warga Emas | RM100 |
Bujang | RM100 |
JADUAL BAYARAN MYKASIH SARA
Pelaksanaan bayaran Bantuan MyKasih SARA adalah mengikut jadual berikut :
JENIS PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Setiap bulan (sesi 1) | 15 Januari 2025 1 Februari 2025 1 Mac 2025 |
Setiap bulan (sesi 2) | 1 April 2025 1 Mei 2025 1 Jun 2025 1 Julai 2025 1 Ogos 2025 1 September 2025 1 Oktober 2025 1 November 2025 1 Disember 2025 |
Sekali bayar (One-off) | 31 Ogos 2025 |
SEMAKAN MYKASIH SARA RM100
Ikuti cara semakan status kelayakan penerima MyKasih SARA seperti berikut :
- Sila layari pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
*Untuk status kelayakan penerima Bantuan MyKasih SARA Sekali (One-off) boleh disemak bermula 21 Ogos 2025.
SEMAKAN BAKI MYKASIH SARA RM100
Berikut merupakan panduan semakan baki Bantuan MyKasih SARA yang ada dalam MyKad :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
- Masukkan Nombor OTP yang betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM MYKASIH SARA
Berikut merupakan soalan-soalan lazim berkaitan Bantuan MyKasih SARA :
- Adakah Bantuan MyKasih SARA hanya dikreditkan dalam MyKad?
- Ya, Bantuan MyKasih SARA hanya dikreditkan dalam MyKad sahaja.
- Bolehkah Bantuan MyKasih SARA ditunaikan?
- Tidak boleh ditunaikan. Penerima hanya perlu menggunakannya untuk pembelian secara tanpa tunai.
- Apakah barangan yang boleh dibeli dengan Bantuan MyKasih SARA?
- Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
- Boleh membeli barangan keperluan asas melebihi had Bantuan MyKasih SARA yang ada?
- Sekiranya, penerima membuat pembelian melebihi had Bantuan MyKasih SARA, penerima perlu membayarnya secara tunai.
- Bilakah tarikh akhir boleh guna Bantuan MyKasih SARA?
- Bantuan MyKasih SARA sah digunakan sehingga 31 Disember 2025 sahaja.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.